Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.ko/] | روکوق

Definisi : tembakau yg digulung dlm kertas dll: Dia tidak menghisap ~. ~ daun rokok yg pembalutnya dibuat drpd pucuk nipah dsb. ~ keretek rokok yg tembakaunya dicampur cengkih dll. merokok menghisap rokok: Orang ramai dilarang ~ di dlm panggung wayang. perokok orang yg banyak menghisap rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
substance abusepenyalahgunaan bahanKejururawatanTiadaPenggunaan bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau rokok yang memudaratkan kesihatan individu dan mengakibatkan ketagihan.
excise dutyduti eksaisEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap pembelian sejenis atau sekumpulan barangan tertentu rokok, tembakau, atau minuman keras. Duti eksais berbeza daripada cukai jualan kerana cukai jualan dikenakan terhadap pembelian semua barang kecuali beberapa jenis yang dikecualikan. Sinonim cukai eksais.

Kembali ke atas