Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~; ~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pem­balutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah; merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; perokok (orang yg) banyak atau kuat meng­hisap rokok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rokok I

Puisi
 

Hisap rokok di atas batu,
     Keluar di hidung asap apinya;
Jalak berkokok biring tak tahu,
     Tedung pula jaga dirinya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Menguap-nguap bagai ikan kekeringan.

Bermaksud :

Sangat ketagih (minuman, candu, rokok dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ashtraytempat abu rokokPentadbiran PerniagaanTiadaTempat yang berupa bekas untuk abu rokok dan puntung rokok.
cigarette paperkertas rokokPentadbiran PerniagaanTiadaKertas yang digunakan untuk membuat rokok yang digunakan untuk mencetak setem yang dikeluarkan di Latvia pada 1919.
cigarette taxcukai rokokPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cigarette taxcukai rokokEkonomiTiadaTiada
tobacco manufacturespembuatan tembakauEkonomiTiadaPembuatan keluaran tembakau seperti rokok, cerut, tembakau kunyah, dan termasuk juga operasi penyediaan dan pengeringan tembakau.
stub antennaantena puntungSosiologiTiadaAntena yang pendek seperti puntung rokok.
substance abusepenyalahgunaan bahanPerubatanTiadaPenggunaan bahan-bahan seperti dadah, alkohol atau rokok yang memudaratkan kesihatan individu dan mengakibatkan ketagihan.
naked lightcahaya dedahKejuruteraanTiadaApi yang boleh menyebabkan percikan ketika digunakan seperti api rokok, api cerut, api paip dan lain-lain.
alveolar macrophagemakrofaj alveolusBiologiHistologi dan SitologiMakrofaj leukosit yang terdapat di dalam paru-paru dan dipercayai berasal daripada monosit yang telah memasuki alveolus pada peringkat awal penyakit. Jumlah dan aktiviti fagositosis sel ini lebih tinggi pada orang yang menghisap rokok daripada mereka yang tidak menghisap rokok. Fungsi sel ini ialah menghapuskan butiran halus kotoran/debu di dalam paru-paru.
benzopyrenebenzopirenaGeologiTiadaHidrokarbon aromatik lima gelang yang terdapat di dalam tar batu arang, asap rokok, dan sebagai hasil pembakaran tak lengkap.
123

Kembali ke atas