Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.na] | رونا

Definisi : 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berwang dipandang rendah; serona sewarna, serupa; berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya); meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan: cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial; meronakan memberikan rona, me­warna­kan: karya sastera yg bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rona

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tonenada; ronaKesenianTiada1. Bunyi muzikal 2. Jeda major kedua. 3. Kualiti bunyi.
tonenada; ronaKesusasteraanTiadaGaya menulis dengan pemilihan kata dan susunan ayat untuk menyatakan sikap pengarang terhadap objek atau pembaca.
pattern poetrypuisi polaKesusasteraanTiadaPuisi yang tersusun perkataannya dan barisnya. Susunan baris dan perkataan adalah untuk meniru bentuk sesuatu objek atau hala pergerakan mengikut idea yang dibicarakan. Contohnya puisi berjudul �Jernih Rona Baru� oleh A. Ghafar Ibrahim: �menari, nari, nari Menyanyi, nyanyi, nyanyi, Irama kejernihan jernih rona baru. Dalam sastera Parsi, puisi pola ditemui dalam sajak tulisan Kayumarth Munshizada dalam Divan. Contohnya, Az panjara ba bagh pur ta ba khwahad kard.

Kembali ke atas