Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ron.do] | روندو

Definisi : (Muz) bentuk lagu yg menggunakan formula melodi A, B, A, C, A, D, A, iaitu melodi utamanya diulang-ulang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rondo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rondorondoMuzikTiada

 Bentuk muzik yang mengandungi beberapa bahagian yang terdiri daripada bahan ulangan yang diselang-selikan dengan bahan baru. Contoh bentuk muzik ini ialah ABACAB'A. Ba­hagian A diulangi secara berselang-seli dengan bahagian lain yang mengandungi bahan bam yang dikenali sebagai episod. Bahagian A bermula dalam nada tonik dan episod pertama B biasanya dalam nada dominan major, median atau dominan minor. Episod kedua, iaitu C adalah dalam nada seperti subdominan dan submedian. Episod ketiga B1 adalah dalam nada tonik.

sonata rondosonata rondoMuzikTiada

Bentuk muzik yang menggabungkan ciri bentuk rondo dan sonata. Sonata rondo dibentuk secara ABACABA. Bahagian ABA yang pertama berfungsi sebagai eksposisi manakala ba­hagian ABA yang kedua pula berfungsi sebagai rekapitulasi. Bahagian C mengembangkan bahan muzik dari ABA pertama atau memperkenalkan bahan baru. Dari segi tonaliti pula, B pertama adalah dalam nada berkaitan dan C mengalami pemindahan nada. Nada tonik minor/i, median minor/iii, sub-dominan major/IV dan submedian minor/vi merupakan nada berkaitan bagi karya yang berlaku dalam nada major. Nada 

bell rondo (It)bell rondoKesenianTiadaBentuk rondo yang mempunyai kesan bunyi seperti loceng, contohnya bahagian akhir konserto violin B minor oleh Paganini.
rondo (It)rondoKesenianTiadaBentuk lagu menggunakan formula A, B, A, C, A, D, A.
couplet (F)kupletKesenianTiada1. Episod dalam rondo. 2. Istilah lain untuk duplet.
principalpengetua; pokok; utamaKesenianTiadadalam setiap bahagian orkestra.,dalam opera.,dalam rondo.,dalam mordent dan turn.
cabaletta (It)kabaletaKesenianTiada1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
refrainbaris ulangMuzikTiada

 Bahagian muzik atau teks yang diulang. Baris ulang juga merupakan bahagian instrumental yang diulang selepas setiap stanza teks dalam sesebuah lagu. Baris ulang juga merujuk kepada bahagian yang diulang dalam sebuah karya instru­mental seperti dalam bentuk rondo. Lihat juga ritronello.

turcaturcaMuzikTiada

Gaya muzik instrumental seperti yang terdapat dalam karya simfoni atau pancaragam tentera yang menghasilkan kesan bunyi muzik Turki yang bercirikan alat dram bes, pikolo, hon, loceng, kerincing dan simbal. Contohnya, Simphony G major, No. 100 (1794) oleh Haydn dan 'Rondo alia Turca' dalam Piano Sonata A major, K. 331 (1778) oleh Mozart.

 

formbentukMuzikTiada

 Struktur sesuatu karya muzik yang ditentukan oleh elemen muzik seperti melodi, ritma, harmoni, tonaliti, timbre (warna ton) dan tekstur. Bentuk boleh dibahagikan kepada empat kategori, pertama bentuk tunggal, iaitu struktur sesuatu karya muzik yang terdiri daripada hanya satu gerakan muzik dan biasanya diklasifikasikan mengikut tonaliti dan bahagian ulangan. Contohnya, rondobentuk sonata dan menuet. Kedua ialah bentuk majmuk yang terdiri daripada gabungan beberapa bentuk tunggal seperti simfoni, sonata dan konserto. Ketiga pula ialah bentuk yang bergantung pada tekstur, teknik serta prosedur dalam ciptaan muzik. Contohnya, fantasi, fuga, dan toccata. Keempat ialah bentuk vokal yang bergantung pada struktur teks seperti ballata dan rondeau.

12

Kembali ke atas