Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ros] | روس

Definisi : = bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), bunga mawar, Rosa spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ros] | روس

Definisi : , = bunga ~ nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya berkelopak berlapis-lapis dan batangnya berduri); bunga mawar, Rosa spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ros

Puisi
 

Bunga ros bunga melati,
     Bersama dengan bunga cempaka;
Bila bersua idaman hati,
     Luput segala hati nan duka.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
P. palisanderpalisanderKesenianHiasan DalamanKayu keras Brazil yang berwarna merah tua keungu-unguan. Palisander mempunyai sifat yang hampir sama seperti kayu ros(rosewood). Kayu ini digunakan untuk menghasilkan perabot dan dinding panel.
product variantvarian produkHerbaPeraturan dan PemasaranBarang dalam sesuatu kumpulan produk kosmetik yang berlainan warna, wangian atau perisa, yang dihasilkan oleh pengilang yang sama, mempunyai kandungan bahan yang hampir sama dan untuk kegunaan yang sama. Contohnya gincu berperisa ros dan lavender.
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.
archetypal criticismkritikan arketaipKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang melibatkan analisis tipa induk dan mitos, jenis perwatakan, tema serta motif yang muncul berulang kali dalam kesusasteraan. Kritikan arketaip dipengaruhi kajian asal dalam bidang antropologi bandingan di Universiti Cambridge, terutamanya dalam karya J.G. Frazer berjudul The Golden Bough. Karya ini mengkaji bentuk mitos, ritual dan psikolgi C.G. Jung. Karya Northrop Frye berjudul Anatomy of Criticism membicarakan tipa induk yang muncul berulang kali dalam karya sastera sehingga pembaca mengenalinya sebagai elemen signifikan dalam pengalaman pembacaannya. Menurut Frye, tipa induk ini berulang dalam beberapa bentuk naratif di sepanjang sejarah kesusasteraan Barat. Sebagai contoh, situasi (motif menempuh alam kedewasaan), perwatakan (motif suami cemburu), perjalanan plot (jejaka bertemu gadis, gadis menolak pinangan jejaka, jejaka mendapat gadis), imej (motif bunga ros sebagai lambang percintaan) dan tema (kebebasan memilih dan suratan takdir). Kritikan ini dikenali juga sebagai kritikan tipa induk atau kritikan Jung. Lihat juga kritikan Jung, tipa induk.

Kembali ke atas