Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ro.tan] | روتن

Definisi : 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg di­­­­buat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~; ~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii; ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Dae-monorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scab­ridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manan; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra; ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang di­cucuk sahaja prb perihal orang yg tidak me-milih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (per­hu­bungan) yg tidak dapat disambung (di­damai­kan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga; merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. me­mukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~; perotan orang yg bekerja mencari rotan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.tan] | روتن

Definisi : ; rumput ~ beras sj tumbuhan (rumput), kerubung padi, Cyrtococcum oxyphyllum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ro.tan] | روتن

Definisi : 1 nama sj palma memanjat yg batangnya dpt dijadikan bahan bermacam-macam perkakas, Calamus spp.. 2 sebat atau pukulan sbg hukuman: Hukumannya ialah tiga tahun penjara dan enam ~. 3 alat drpd rotan 1 utk memukul. berotan mencari rotan (dlm hutan): Mereka pergi ~ di hujung kampung. merotan memukul atau menyebat dgn rotan (sbg hukuman): Ibunya pun menggertak hendak ~nya. perotan orang yg kerjanya mencari rotan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rotan
Kata Terbitan : merotan,

Puisi
 

Rotan batu simpul pulih,
     Pauh percik dalam cawan;
Bagaimana hendak boleh,
     Tahan racik pintu awan.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kerat rotan,
     patah arang.

Bermaksud :

Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rattanrotanKesenianHiasan DalamanSejenis tumbuhan palma memanjat yang terdapat di kawasan Asia. Rotan yang sudah dikeringkan dianyam untuk membuat tikar, bakul, raga, kerusi, perabot dan peralatan perhiasan. Biasanya, batang rotan dikupas dan kulitnya dijadikan bahan anyaman, manakala empulurnya digunakan untuk membuat perabot dan pelbagai barangan lain. Rotan dalam bentuk mentah atau sudah diproses menjadi bahan pilihan kerana ringan, tahan dan mudah lentur. Seperti kayu, rotan juga boleh dicat atau disudahkan dengan lumuran pelbagai warna lain.
peacock chairkerusi merakKesenianHiasan DalamanKerusi daripada anyaman rotan bermutu tinggi yang mempunyai tempat bersandar yang lebar, tinggi dan dihias secara berlebih-lebihan. Kerusi ini sesuai digunakan sebagai kerusi untuk tetamu jemputan dan menjadi daya tarikan atau tumpuan dalam sesuatu majlis.
P. panierpanierKesenianHiasan DalamanBakul besar yang diperbuat daripada kayu atau rotan beranyam, yang mempunyai pemegang yang mula digunakan pada tahun 1250 - 1300 Masihi sebagai bakul roti, terutamanya di Perancis.
makyungmakyungKesusasteraanTiadaTeater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam persembahan makyung. Alat muzik terdiri daripada alat rebah, sepasang gendang dan sepasang gong dengan tambahan alat serunai, canang dan kesi. Persembahannya bermula dengan upacara �buka panggung� yang diakui dengan upacara �menghadap rebab�. Antara tokoh makyung ialah Primadona Khatijah Awang (Pasir Mas) dan sepasang suami isteri, Ali Ibrahim dan Rahimah Zakaria.

Kembali ke atas