lease period method | kaedah kala pajakan | Kejuruteraan | Petroleum | Kaedah pembayaran royalti terhadap pengeluaran minyak, iaitu satu sistem pembayaran royalti yang berdasarkan pengeluaran telaga untuk setiap unit masa, biasanya dalam tong per hari dan kadar tersebut berubah apabila pengeluaran telaga kurang daripada jumlah yang telah ditetapkan. |
lease block method | kaedah blok pajakan | Kejuruteraan | Petroleum | Kaedah pembayaran rolyati bagi pajakan kawasan minyak. Dalam sistem ini, royalti dibayar berdasarkan skala gelangsar atau skala turun naik yang sebanding dengan pengeluaran minyak yang diperolehi. Dalam kaedah ini, royalti dibayar mengikut kadar yang tetap terhadap semua minyak yang dikeluarkan sehingga keluaran minyak tersebut mencapai nilai tertentu. untuk pengeluaran minyak yang melebihi nilai tersebut, royalti bagi lebihannya dibayar mengikut kadar yang rendah daripada kadar yang tetap itu. |
royalty | royalti | Ekonomi | Tiada | Pampasan yang diberi kepada pencipta atau pemilik asal dalam aktiviti seperti pengarangan, penggubahan, reka ciptaan dan teknik pengeluaran, kerana menggunakan karya atau hasilnya pada kadar yang dipersetujui atau yang biasanya diamalkan. |
royalty | royalti | Undang-undang | Tiada | Bayaran ganti rugi kerana penggunaan harta. |
royalty | royalti | Ekonomi | Tiada | Tiada |
royalty | royalti | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Bayaran yang dikenakan kepada penguasa kayu balak dan hasil hutan yang lain oleh pemilik atau penguasa kawasan hutan untuk kebenaran mengusahasilkan kawasan hutan berkenaan. Bayaran dikira berasaskan kadar per unit hasil yang dikeluarkan. |
author's signature | ketentuan pengarang | Perpustakaan | Tiada | Penentuan asas untuk mengira royalti pengarang, yang bergantung pada kualiti atau kepentingan karya yang dihasilkan. |
development tax | cukai pembangunan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Cukai tambahan yang dikenakan ke atas pendapatan perniagaan, sewa dan royalti. |
kharaj | cukai hasil | Perniagaan Islam | Tiada | Nama bagi setiap bentuk sewaan dan pendapatan seperti upah, hasil atau royalti yang dibayar setahun sekali. Sinonim daribah aradiy. |
double taxation agreement | perjanjian cukai dua kali | Ekonomi | Tiada | Perjanjian antara negara-negara yang bertujuan untuk mengelakkan berlakunya cukai dua kali ke atas pendapatan antarabangsa, seperti untuk perniagaan, dividen dan royalti yang diperoleh di sebuah negara dan dikirimkan ke negara lain. Dengan demikian, cukai boleh dielak dari dikenakan dua kali ke atas pendapatan atau perolehan yang sama di negara di mana perusahaan itu berada dan sekali lagi di negara di mana pendapatan itu dikirimkan. |