Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ruang] | رواڠ

Definisi : 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ penge­tahu­an utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahu­pun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (pe­rahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak di­kehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di ling­kungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg me­nunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; me­rajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ruang] | رواڠ

Definisi : 1 = ruangan tempat yg lapang; bilik dlm rumah dll: Mereka duduk berbual-bual di ~ depan. 2 sela atau jarak di antara dua benda yg berderet: ~ di antara dua tiang itu dua meter lebarnya. 3 = ruangan petak dlm surat khabar dll; lajur. beruang mempunyai ruang atau ada ruang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Apa pandang padi paya,
     Tinggi petak dari ruang;
Apa pandang kepada saya,
     Budi tidak bahasa pun kurang.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Beruang bagai durian,
     bernabu bagai cempedak.

Bermaksud :

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
foyerruang legar .KesenianHiasan DalamanRuang hadapan di ruang masuk utama sesebuah bangunan atau rumah yang besar. Ruang ini biasanya terdapat di panggung teater, hotel, dewan, dan ruang pameran. Ruang ini juga biasanya digunakan sebagai tempat berkumpul atau berehat sebelum memasuki ruang utama.
anastomosisanastomosisKejururawatanTiadaPercantuman bukaan atau dua organ atau ruang-ruang berasingan secara pembedahan atau patologi.
void volumeisi padu lompangPerhutananTiadaIsi padu ruang lumen, ruang di antara dinding-dinding sel, dan ruang di dalam dinding sel kayu yang tidak dipenuhi bahan berkayu. Pada kayu basah, ruang ini dipenuhi air. Spesies kayu yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan yang rendah biasanya mempunyai isi padu lompang yang tinggi dan mudah diawet.
spatial disorientationpenanaran ruang/disorientasi ruangAeroangkasaTiadaKetidakupayaan juruterbang untuk menentukan atau mentafsirkan sudut, ketinggian atau kelajuan udara pesawat dengan betul terutamanya dalam keadaan kritikal yang menyukarkan penglihatan seperti pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.
atriumatriumKesenianHiasan DalamanRuang dalaman yang besar dan tinggi, biasanya terdapat di dalam pasar raya, bangunan pejabat dan ruang legar hotel. Ruang ini lebih menyerlah dengan paduan bumbung kaca berkerangka bingkai besi. Biasanya, ruang ini dihiasi dengan pokok-pokok bagi mewujudkan suasana ceria dan selesa. Dalam seni bina Rom ruang dalaman ini dibiarkan terbuka, terdedah ke langit dan dikelilingi oleh bumbung.
interfaceantara mukaKesenianTiadaSatu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu.
closetruang pakaianKesenianHiasan DalamanRuang yang digunakan sebagai almari pakaian yang besar. Pada asalnya, ruang ini merupakan bilik persendirian yang mempunyai ruang duduk atau sudut.
empyemaempiemaHerbaFitoterapiPengumpulan nanah di ruang antara paru-paru dengan permukaan dalaman dinding toraks. Ruang ini dikenali sebagai ruang pleura.
learning spaceruang pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran fizikal, maya, atau gabungan kedua-duanya sebagai tempat berlakunya pembelajaran berbanding ruang pembelajaran biasa. Ruang pembelajaran ialah hasil daripada proses reka bentuk dalam e-pembelajaran.
storage arearuang storanHerbaTiadaRuang yang digunakan untuk menyimpan bahan atau sediaan herba di dalam suatu kilang pengeluaran. Ruang storan ini dibina dan diselenggarakan dengan baik untuk memelihara dan mengekalkan kualiti bahan atau sediaan herba. Aktiviti masuk dan keluar dari ruang ini dikawal untuk melindungi integriti bahan storan.
12345678910...

Kembali ke atas