white space | ruang kosong | - | Tiada | Kawasan tanpa cetakan atau gambar. |
vacant space | ruang kosong | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
margin | jidar | - | Tiada | Ruang kosong di sekeliling kawasan teks pada halaman bahan terbitan |
rivers | sesungai | - | Tiada | Jalur ruang kosong yang kelihatan merentasi perenggan atau teks. |
lacuna | lopongan | Kesusasteraan | Tiada | Jarak atau ruang kosong. Dalam kajian filologi, lopongan merujuk kepada bahagian yang tercicir dalam sesebuah manuskrip, iaitu lopongan pada baris huruf dan tulisan. Bentuk jamaknya, lacunae yang merujuk kepada kehilangan baris huruf dalam sesebuah manuskrip akibat carikan atau pemudaran. Contohnya, dalam novel berjudul Tristram Shandy yang ditulis oleh Laurence Stern. Pengarangnya sengaja meninggalkan lopongan agar pembaca dapat mengisinya dengan deskripsi sendiri tentang watak Widow Wadman. |
total porosity | keporosan jumlah | Geologi | Tiada | Nisbah jumlah ruang kosong dalam batuan reservoir minyak poros terhadap isi padu pukal batuan itu sendiri. |
alpha helix | pilin alfa | Fizik | Nanoteknologi | Struktur protein berbentuk pilin hasil susunan sejumlah asid amino dan merupakan struktur yang biasa bagi kebanyakan protein. Lebar pilin sekitar 5 �. Setiap asid amino mempunyai lingkaran 100� dalam pilin dan berpadanan dengan translasi 1.5 � sepanjang paksi pilin. Pilin tersusun padat sehingga hampir tiada ruang kosong di dalamnya. |
eddy | pusar | Sains Marin | Tiada | Aliran bendalir berpusing yang berlaku apabila aliran bergolak disebabkan wujud halangan atau objek. Fenomena ini secara semula jadi diperhatikan berlaku di sebalik batu besar yang berada di sungai yang arusnya mengalir deras. Terdapat ruang yang tidak mempunyai aliran ke hilir di belakang halangan menyebabkan air mengalir balik ke dalam ruang kosong lalu membentuk pusaran kecil di pinggir halangan. |
layer structure | struktur lapisan | Fizik | Nanoteknologi | Struktur hablur yang terdapat dalam bahan seperti grafit dan tanah liat. Dalam struktur ini, atom tertumpu pada satah selari dan ruang antaranya adalah kosong (tanpa atom). |