Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
ruang
Kata Terbitan : ruangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin timur,
     Belayar tanah seberang;
Panjang-panjang engkau umur,
     Akan pembalas budi Si Dayang.


Lihat selanjutnya...(102)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reedmensiangKesenianHiasan Dalaman1. Kumai yang menyerupai rumput panjang yang terdapat dalam air cetek atau paya. 2. Sebahagian daripada alat tenunan karpet yang mempunyai jalur logam nipis dan ruang di antaranya supaya yarn lungsin melepasi ruang tersebut. Pergerakan mensiang ini akan menolak dan mengetatkan yarn ke dalam fabrik atau karpet.
phase angel methodkaedah sudut fasaKimiaKimia AnalisisKaedah pengukuran panjang gelombang berkala dalam masa atau ruang daripada kedudukan tertentu. Sudut fasa kuantiti medan, voltan atau arus pada satu masa pada sebarang satah ialah (wt – Bz + O) bagi gelombang sinus.
pier glasscermin pierKesenianHiasan DalamanCermin panjang dan tinggi yang diletakkan pada dermaga, iaitu dinding antara dua tingkap yang menyokong struktur atas. Lazimnya, bentuk cermin disesuaikan dengan ruang.
curtainlangsirKesenianHiasan DalamanBahan yang digantung pada tingkap, pintu atau ruang terbuka yang berfungsi sebagai hiasan, peneduh dan penapis. Langsir diperbuat daripada fabrik atau bahan sintetik yang direka dalam pelbagai bentuk, bahan, saiz, warna, corak dan jenis. Antara jenis-jenis langsir ialah langsir Cottage, Priscilla, panjang, Sash, dan Tab. Di Amerika, langsir dikenali sebagai draper, manakala di Britain dikenali sebagai drapery. Langsir di pintu dikenali sebagai portieres.
Cartesian coordinate systemsistem koordinat CartesSains SukanBiomekanikSistem untuk menilai posisi satu titik dalam ruang dua atau tiga dimensi. Penilaian posisi atau titik ini ditentukan melalui satu satah menerusi dua nombor yang dikenali sebagai koordinatx dan koordinat-y suatu titik. Untuk mentakrifkan titik itu, dua garis lurus yang berserenjang (paksi-x dan paksi-y) ditentukan bersama-sama dengan unit panjang yang ditandakan pada keduadua paksi. Sistem koordinat Cartes juga digunakan dalam ruang (iaitu, tiga koordinat digunakan) dan dalam dimensi yang lebih tinggi.
beamrasukKesenianHiasan DalamanSatu daripada unsur atau struktur binaan secara melintang yang berfungsi untuk membawa atau menampung beban secara menegak. Ciri-ciri rasuk berpandukan kepada bentuk, panjang dan bahan yang digunakan. Bahan yang sering digunakan untuk membuat rasuk ialah kayu, besi dan konkrit. Rasuk boleh menerima olahan dekoratif seperti ukiran, kemasan kayu, cat dan logam. Rasuk juga sering didedahkan di dalam ruang bagi mewujudkan gaya hi-tech.
pausejedaKesusasteraanPuisiProses pembacaan sama ada senyap mahupun kuat terutama sewaktu mendeklamasikan puisi. Lazimnya jeda bermaksud pemberhentian seketika arus penuturan atau pendeklamasian sesuatu baris puisi. Ini bertujuan untuk menandakan batas hubungan antara bahagian perkataan, frasa atau kalimat yang terdapat dalam sesuatu baris itu. Jeda juga memberikan ruang kepada seseorang penqeklamasi mengambil nafas terutama apabila mendeklamasikan sesuatu kalimat yang panjang. Dalam hal ini apabila seseorang pembaca itu salah meletakkan jeda, kesannya boleh merubah makna puisi yang dideklamasikan.

Kembali ke atas