bamboo internode | ruas buluh | Buluh | Tiada | Bahagian batang yang terletak di antara dua buku. Kepanjangan ruas buluh berbeza-beza mengikut spesies. Contoh buluh yang mempunyai ruas panjang ialah buluh nipis (Schizostachyum zollingeri). |
internode hole | lubang ruas | Buluh | Tiada | Lubang yang dihasilkan, sama ada dengan cara menebuk setiap ruas menggunakan gerudi kecil atau menolak batang logam, bagi memecahkan diafragma antara ruas untuk membolehkan bahan kimia masuk ke dalam batang buluh. |
foot | ruas | Kesusasteraan | Tiada | Unit rentak atau irama dalam puisi atau prosa; satu bahagian dari satu karangan yang disukat menurut pelbagai bentuk suku kata (panjang dan pendek; yang ditekan dan tidak ditekankan) untuk penganalisisan struktur. Kebanyakan prosa moden ditulis tanpa kesedaran terhadap bentuk yang seumpama itu; puisi terbaharu yang bebas juga tidak disukat menurut sistem ini. Pada peringkat tertentu, prosa klasik dan perkembangan puisi Barat mengikuti juga corak perulangan atau sistem ruas. Variasi ruas dalam karangan menguatkan lagi rentaknya, sementara perulangan ruas dalam sesebuah puisi melahirkan polairama. |
segment | ruas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Jalur tembaga yang terdapat pada penukar tertib. |
culm | kulma | Buluh | Tiada | Batang yang mempunyai ruas antara buku, sama ada berongga atau tidak berongga. Contoh spesies buluh yang berongga ialah buluh semantan (Gigantochloa scortechinii) dan spesies buluh yang tidak berongga ialah buluh tumpat (Gigantochloa ligulata). |
node diaphragm | diafragma buku | Buluh | Tiada | Membran tegar antara ruas yang berfungsi untuk menguatkan buluh. |
bamboo lacuna | lakuna buluh | Buluh | Tiada | Rongga atau ruang dalam ruas batang kulma. Sinonim rongga empulur. |
bamboo node | buku buluh | Buluh | Tiada | Bahagian keras yang memisahkan dua ruas. |
rhizome | rimpang | Buluh | Tiada | Bahagian batang yang tumbuh di bawah permukaan tanah, dan akan membentuk ruas, buku dan mata tunas. Bahagian ini merupakan tempat simpanan makanan yang dihasilkan oleh buluh dan boleh tumbuh semula untuk menghasilkan tumbuhan baru. Rimpang juga boleh digunakan sebagai bahan pembiakan buluh. |
bamboo | buluh | Buluh | Tiada | Tumbuhan daripada famili Graminae yang terdapat dengan banyaknya di kawasan Asia Pasifik. Buluh merupakan sejenis rumput yang berkayu, berongga dan mempunyai ruas. Buluh tumbuh secara mendatar atau berumpun. Buluh juga merupakan sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan mencapai kematangan dalam tempoh tiga tahun. |