Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.bé.la] | روبيلا

Definisi : (rubéla) (Ubat) penyakit virus ber­jangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kpd bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rubela


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rubellarubelaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
rubellarubelaBiologiMikrobiologiPenyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Gejala penyakit ini termasuklah selsema, demam panas dan ruam yang menyeluruh. Pada ibu yang hamil jangkitan ini boleh membawa kecacatan kongenital terhadap bayi yang sedang dikandung. Penyakit ini dikenali juga sebagai campak German atau campak Perancis.
rubellarubelaPerubatanTiadaPenyakit virus yang akut, yang dicirikan dengan tompok-tompok makul merah pada kulit yang sama ada berasingan atau berpadu bersama; makul ini bermula pada muka dan seterusnya merebak ke badan dan anggota; bagaimanapun 40% daripada pesakit tidak mengalami ruam tersebut. Antara gejala penyakit ini termasuklah demam ringan, artralgia, rinorea dan pembesaran nodus limfa. Tempoh pengeraman penyakit ini adalah kira-kira 2�3 minggu. Risiko penyakit ini yang paling berbahaya ialah jangkitan virus daripada ibu kepada bayi yang dikandungnya dalam masa trimester pertama yang akan mengakibatkan kecacatan beberapa anggota dan organ, misalnya buta dan jantung berlubang.
German measlerubelaSosiologiTiadaTiada
German measlerubelaPerubatanTiadaPenyakit virus yang akut, yang dicirikan dengan tompok-tompok makul merah pada kulit, yang sama ada berasingan atau berpadu sama.
teratogenteratogenFarmasiFarmakologiAgen, faktor atau proses yang berupaya merangsang atau meningkatkan perkembangan prenatal yang tidak normal. Agen ini boleh menyebabkan kecacatan pada embrio atau fetus dengan mengganggu perkembangannya, atau menyebabkan pembentukan satu atau lebih ketaknormalan semasa perkembangan fetus. Teratogen bertindak secara langsung terhadap organisma yang sedang berkembang atau secara tidak langsung, dengan mempengaruhi struktur sokongan seperti plasenta atau sebahagian sistem maternal. Jenis dan tahap kerosakan ditentukan oleh jenis teratogen yang spesifi.k, mod tindakannya, proses embrionik yang dipengaruhi dantahap perkembangan embrio atau fetus pada masa pendedahan kepada teratogen.Antara contoh teratogen yang biasa dikenali ialah agen-agen kimia (seperti talidomida, agen pengalkilan dan alkohol);agen berjangkit (seperti virus rubela dan sitomegalovirus);radiasi ion (seperti sinar-x); dan faktor persekitaran (seperti umur dan tahap kesihatan umum ibu).

Kembali ke atas