heterogenous ray | ruji heterogen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat. |
ray | ruji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Agregat sel yang mengunjur secara jejari dalam xilem dan floem. terdapat dua jenis sel ruji, iaitu ruji primer yang berasal daripada tisu primer dan berkembang mengikut pertumbuhan kambium, dan ruji sekunder yang berasal daripada kambium selepas pembentukan xilem sekunder. Ruji sekunder tidak mengunjur ke dalam sehingga ke kawasan empulur. |
heterocellular ray | ruji hetersel | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu konifer yang tisunya terdiri daripada sel ruji trakied dan sel ruji parenkima. |
ray floret | anak bunga ruji/ floret ruji | Biologi | Umum | Tiada |
square ray cell | sel ruji segiempat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | sel ruji yang berbentuk seakan-akan segiempat apabila dilihat pada keratan jejari. Sel-sel ini terdapat pada ruji uniseriat, dan sebahagian lagi pada bahagian tepi ruji multiseriat. |
homocellular ray | ruji homosel | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu konifer yang tisu rujinya terdiri daripada sel ruji parenkima. |
aggregate ray | ruji agregat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kelompok ruji kecil berbentuk tirus dan kelihatan pada pandangan mata kasar seperti satu ruji besar. |
ray parenchyma | parenkima ruji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Parenkima yang berasal daripada pemula ruji, yang membentuk sebahagian atau keseluruhan tisu ruji. |
procumbent ray cell | sel ruji melintang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Sel ruji yang tersusun dengan paksi yang paling panjang mengarah pada arah jejari. Sin: sel ruji prokumben |
silver grain figure | corak ira perak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Corak yang terhasil daripada pemotongan tentang ruji yang lebar. Tisu ruji yang terpotong menampakkan corak ira berwarna perak yang ketara seperti yang terbentuk pada permukaan kayu ok, mempening, dan berangan. |