Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjutan mengenai se­suatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat ke­terangan yg lebih lanjut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.ju.kan]/[ru.ju.Öan]/[ru.ju/.kan] | روجوعن

Definisi : keterangan lanjut mengenai sesuatu perkara; sumber (buku dll) utk memperoleh keterangan lanjut: Buku itu dijadikan ~ dlm bidang ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rujukan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
specific gravitygraviti tentuKejuruteraan AutomotifEnjinNisbah ketumpatan suatu bendalir berbanding dengan bendalir rujukan. Bagi cecair, bendalir rujukan adalah air pada suhu 20°C, iaitu 998 kg/m³. Manakala bagi gas bendalir rujukan adalah udara pada keadaan suhu dan tekanan piawai iaitu 1.225kg/m³. Contoh graviti tentu untuk minyak pelincir SAE30W pada suhu 20°C ialah 0.89.
referencerujukanKesusasteraanTiadaHubung kait antara entiti linguistik dengan dunia hakiki. Dalam falsafah bahasa dan ilmu semantik, rujukan boleh difahami sebagai hubung kait simbolik antara ungkapan linguistik dengan sesuatu objek yang konkrit atau abstrak yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan oleh ungkapan linguistik itu. Apa yang dilambangkan atau dirujuk oleh sesuatu kata di dunia nyata diistilahkan sebagai rujukan kata tersebut, contohnya rujukan bagi kata �kucing� ialah haiwan kucing dalam dunia nyata. Rujukan merupakan suatu aspek maksud yang perlu dibandingkan dan dibezakan dengan maksud konseptual atau maksud kognitif sesuatu kata. Maksud konseptual diistilahkan sebagai maksud denotasi yang tiada kaitan dengan dunia nyata tetapi hanya wujud secara abstrak dalam sistem bahasa. Imej mental sesuatu rujukan boleh disamakan dengan apa yang dilambangkan dalam istilah Saussure.
herbal reference standardherba rujukan piawaiHerbaTiadaSampel bahan herba dalam bentuk asal dan terproses yang mengandungi bahan kimia khusus, bahan penanda atau bahan pencemar yang diketahui. Herba rujukan piawai ini harus mempunyai kualiti yang bersesuaian dengan kegunaannya. Bagi herba yang tidak terdapat dalam farmakopeia, sampel herbarium bahan tersebut harus disediakan. Herba rujukan piawai ini disimpan dalam keadaan yang baik untuk mengekalkan kualitinya. Tarikh luput dan/atau validasi semula harus ditentukan dan dinyatakan. Sinonim herba rujukan standard.
cross referencerujukan silang-TiadaRujukan terhadap bahagian atau suatu teks yang lain dalam bahan terbitan yang sama.
herbal reference standardherba rujukan standardHerbaTiadaLihat herba rujukan piawai.
proteome reference mappeta rujukan proteomBioinformatikBioinformatik MolekulPaparan maklumat rujukan keseluruhan protein di dalam sel untuk tujuan pelbagai analisis pengekspresan protein seperti mutasi yang berlaku pada proteom sesuatu organ atau tisu.
reference blockblok rujukanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikSejenis blok yang digunakan untuk menentukurkan peralatan ultrasonik. Blok rujukan juga dikenali dengan blok tentukuran. Terdapat dua jenis tentukuran dalam pemeriksaan ultrasonik terhadap bahan, iaitu tentukuran masa dasar dan tentukuran amplitud. Tentukuran masa dasar dilakukan bagi menentukan kedudukan pemantul, manakala tentukuran amplitud dilakukan bagi menganggar saiz pemantul.
anatomical reference positionposisi rujukan anatomiSains SukanBiomekanikKedudukan badan dalam keadaan berdiri tegak dengan semua bahagian badan termasuk tapak tangan menghadap ke hadapan. Posisi ini merupakan posisi rujukan bagi semua pergerakan bahagian badan. Semua sudut sendi dalam posisi ini adalah neutral dan dinyatakan sebagai darjah sifar. Sinonim posisi anatomi.
comparatorpembandingHerbaPeraturan dan PemasaranSuatu produk dalam kajian atau pasaran yang digunakan sebagai rujukan piawai, atau plasebo yang digunakan sebagai rujukan negatif dalam percubaan klinikal.
closed-field compositionkomposisi ruang tertutupKesusasteraanTiadaPuisi yang memperlihatkan batas rujukan yang ditetapkan oleh struktur, strategi dan isinya. Puisi ini berbeza dengan puisi kontemporari yang memperlihatkan batas rujukan yang terbuka.
123456789

Kembali ke atas