Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rule


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rule of lawkedaulatan undang-undangSains PolitikPolitik PerbandinganPeraturan dalam sesebuah negara yang berpegang kepada penguatkuasaan undang-undang negara tersebut. Kerajaan melaksanakan pemerintahan berasaskan perlembagaan negara. Pilihan raya yang dilaksanakan, cara persaingan dan saiz ruang politik yang dibenarkan dan ruang perniagaan yang diberikan semuanya menurut batasan perlembagaan. Dengan garis panduan ini, keamanan negara, kestabilan politik, persaingan ekonomi dan keharmonian hubungan sosial akan berjalan menurut peraturan yang tertib. Dalam negara ini, kedudukan undang-undang dipelihara dan dipatuhi oleh semua pihak sama ada orang kebanyakan, golongan pendatang, pembangkang dan pemerintah. Dengan ini, perlembagaan negara diterima oleh semua dan pemerintahan negara dilaksanakan menurut batasan perlembagaan. Contohnya, kedaulatan undang-undang yang dipegang oleh pemerintah Malaysia telah memelihara kestabilan politik dan hubungan kaum di negara ini.
rule of thirds (rot)hukum tigaan (rot)-TiadaProses meletakkan bahan grafik pada titik fokus imej dengan membahagikan ruang kepada tiga lajur dan baris yang sama saiz.
rule of manperaturan manusiaUndang-undangTiadaPemerintahan yang merujuk kepada seseorang atau sekumpulan kecil individu yang mempunyai kuasa mutlak dan membuat keputusan berdasarkan kehendak dan keinginan peribadi, bukannya berdasarkan undang-undang yang ditetapkan atau persetujuan pihak berkuasa.
password ruleperaturan kata laluanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeraturan dalam bentuk arahan mengenai panjang, susunan, gabungan, dan pilihan aksara yang akan digunakan dalam kata laluan. Contohnya, setiap kata laluan mesti sekurang-kurangnya mengandungi 8 aksara yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua nombor dan dua aksara khas. Pelaksanaan dasar kata laluan agar pengguna tidak memilih kata laluan yang mudah diteka. Peraturan ini dikuatkuasakan oleh sistem pengendalian komputer yang ingin dicapai.
ohm rulehukum ohmKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaHukum asas yang terdapat dalam elektrik yang menghubungkan voltan, arus, dan rintangan.
Kinne ruleperaturan KinneinsuransTiadaRumus untuk menyelaras kerugian insurans harta apabila polisi-polisi insurans tidak serentak.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
minority rulepemerintahan minoritiSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang diperintah oleh golongan minoriti. Pemerintahan ini membawa maksud satu kaum atau kelompok yang menguasai sesuatu kawasan atau kerajaan yang terbentuk hasil daripada keputusan pilihan raya yang gagal melahirkan satu parti yang dominan. Kerajaan minoriti yang dikuasai oleh satu kaum seperti pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan pada dekad 1980-an manakala kerajaan minoriti pula seperti yang pernah wujud di India pada dekad 1990-an. Hal ini tidak bermakna kerajaan ini dikuasai oleh satu kaum sahaja sebaliknya dikuasai oleh satu parti yang mendapat mandat daripada anggota parlimen yang lain.
self-rulepemerintahan sendiriSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sesebuah negara yang dikuasai oleh penduduk tempatan melalui kerajaan yang dibentuk oleh mereka tanpa campur tangan pihak asing. Lihat juga kerajaan sendiri.
descent ruleaturan keturunanSosiologi KeluargaTiada-
123

Kembali ke atas