Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lighthouserumah apiPenilaian Harta TanahTiadaTiada
Franklin stovealat pemanas FranklinKesenianHiasan DalamanAlat yang dicipta oleh pereka bernama Benjamin Franklin yang menyerupai tempat unggun api di dalam rumah orang Eropah. Alat ini digunakan untuk mengekalkan tahap kepanasan yang lama di dalam rumah sewaktu musim dingin.
fenderpengadangKesenianHiasan DalamanBesi penghalang yang digunakan untuk menghalang percikan api atau kayu pada ruang pendiang di dalam rumah di negara beriklim sejuk. Sinonim skrin depan, skrin pengadang api.
azulejosazulejosKesenianHiasan DalamanJubin seramik berkilat dan berwarna yang digunakan pada bangunan di Sepanyol, Portugal dan Amerika Latin. Biasanya, azulejos dihiasi dengan warna yang terang, berbunga dan corak hiasan yang melampau. Di Portugal, jubin ini banyak digunakan di gereja, istana, rumah dan stesen kereta api. Azulejos merupakan elemen utama seni bina Portugis dan digunakan di dinding, lantai dan siling. Azulejos bukan sahaja digunakan sebagai unsur seni, tetapi juga sebagai unsur pengawal suhu di dalam rumah.
betty lamplampu bettyKesenianHiasan DalamanLampu yang diperbuat daripada besi atau tembaga, yang boleh digantung di siling atau didirikan di lantai untuk kegunaan di rumah atau di bengkel. Lampu ini menggunakan minyak ikan dan kain yang digulung sebagai bahan api, dan digunakan secara meluas oleh koloni Amerika dan Eropah. Betty berasal daripada perkataan Jerman besser atau bete yang bermaksud 'menjadikannya lebih baik'.

Kembali ke atas