long house | rumah panjang | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
end financing | pembiayaan akhir | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu bentuk pinjaman jangka panjang kepada bakal pembeli rumah. |
durable goods | barang tahan lama | Ekonomi | Tiada | Barang modal ataupun barang penggunaan yang mempunyai jangka hayat yang panjang. Misalnya, mesin, bangunan kilang, perabot, kenderaan, dan peralatan rumah. |
healthcare provider | penyedia jagaan kesihatan | Kesihatan Awam | Tiada | Individu atau institusi berlesen yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan seperti rawatan kecemasan, pencegahan, pemulihan jangka panjang, hospital, diagnostik, primer, paliatif, dan rawatan di rumah dengan cara yang sistematik kepada individu, keluarga atau masyarakat. |
teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
seloka | seloka | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�. |
welfare state | negara kebajikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, Sweden, Norway, Denmark dan Finland. |