Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
serambiserambiKesenianHiasan DalamanRuang memanjang tertutup, yang biasanya dihiasi dengan tingkap di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah rumah tradisional Melayu yang direka bentuk dengan serambi terbuka. Serambi berfungsi sebagai ruang tetamu lelaki yang dikenali oleh tuan rumah, sama ada yang mempunyai hubungan keluarga atau tiada hubungan keluarga. Serambi juga dijadikan tempat untuk mengadakan majlis formal, mengajar dan membaca al- Quran, serta tempat tidur anak-anak dan tetamu lelaki.
bendulbendulKesenianHiasan Dalaman1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh.
anjunganjungKesenianHiasan DalamanRuang terbuka yang terletak di bahagian hadapan rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai ruang tempat tuan rumah meraikan tetamu, sama ada yang dikenali atau tidak dikenali untuk tujuan perbincangan dan sebagainya.
atticlotengKesenianHiasan DalamanBilik atau tingkat atas yang terletak di bawah bumbung di dalam sesebuah bangunan atau rumah. Dalam seni bina rumah tradisional Melayu, loteng yang juga dikenali sebagai peran, berfungsi sebagai ruang tidur yang biasanya digunakan oleh wanita, khususnya anak gadis untuk tujuan keselamatan. Loteng turut digunakan sebagai tempat menyimpan barang.
tiang seritiang seriKesenianHiasan DalamanTiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan.
terra cottaterra cottaKesenianHiasan DalamanProduk atau objek yang diperbuat daripada tanah liat tidak bersepuh dan berwarna perang kemerah-kemerahan.Terra cotta dibakar dan dibentuk menjadi corak tertentu. Contohnya, atap Singgora terra cotta yang banyak digunakan pada rumah tradisional Melayu di Kelantan dan Terengganu.
selokaselokaKesusasteraanTiadaPuisi Melayu tradisional yang tidak tetap bentuknya dari segi rangkap, baris, dan rima. Tujuan seloka adalah untuk berhibur, bersenda dan berjenaka. Kadang-kadang seloka bersifat menyindir dan mengejek. Bahasanya amat sinis serta tajam tetapi disampaikan dengan nada berseloroh dan berjenaka. Biasanya, seloka tidak panjang tetapi berangkap dan barisnya amat padat. Contoh seloka berjudul �Seloka emak Si Randang� adalah seperti yang berikut: Baik budi Emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuh, Anak di pangkuan dilepaskan, Kera di hutan disusui, Awak pulang kelaparan, Beras habis, padi tak jadi. Contoh seloka yang lain ialah: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas-bilas, Mandi segan kerja alas, Harta orang hendak digalas. Seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang bermaksud �pujian atau pemujaan�. Shloka terdapat dalam epik Ramayana dan Mahabharata�.
teka-tekiteka-tekiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing)
voluntarismfaham voluntarisSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kerja yang dilakukan secara sukarela atau bergantung kepada sukarelawan. Fahaman ini menolak unsur upah atau pergantungan kepada buruh yang dibayar. la menekankan kepada semangat egalitarian, tolong-menolong atau gotong-royong. Menurut fahaman ini, buruh dan upah tidak diperlukan apabila sesuatu kerja atau beban boleh dilakukan secara bersama atau oleh sukarelawan. Contohnya, faham voluntaris dapat dilihat dalam amalan gotong-royong masyarakat Melayu tradisional khususnya semasa mengerjakan sawah padi atau membina rumah. Sinonim voluntarisme.

Kembali ke atas