Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.bia] | رومبيا

Definisi : sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Met­roxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.bia] | رومبيا

Definisi : nama sj pokok palma yg menghasilkan sagu dan daunnya dpt dibuat atap, Metroxylon spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumbia

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menantikan buah rumbia masak.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
problem playdrama masalahKesusasteraanTiadaDrama realisme yang mengisahkan permasalahan sosial. Jenis drama ini dikemukakan oleh Henrik Ibsen. Contoh drama tempatan ialah Tamu di bukit Kenny oleh Usman Awang. Drama ini memerihalkan masalah yang dihadapi oleh pegawai tinggi kerajaan manakala drama Atap Genting Atap Rumbia oleh Kala Dewata mengisahkan perbezaan hidup antara masyarakat kampung dengan masyarakat kota. Drama A Doll�s House yang dikemukakan oleh Henrik Ibsen pula mengisahkan masalah status perempuan dalam perkahwinan.
drawing room playdrama ruang tamuKesusasteraanTiadaDrama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata.

Kembali ke atas