teka-teki | teka-teki | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang mengemukakan persoalan yang bijak atau permasalahan yang rumit untuk dijawab atau diselesaikan. Teka-teki digunakan untuk menguji ketajaman akal, kepantasan berfikir, kematangan fikiran, dan kearifan seseorang. Teka-teki boleh berbentuk pendek dan panjang atau dalam bentuk prosa, pantun, seloka, tamsilan, dan gurindam. Teki-teki boleh bersifat ringkas dan ringan, dan bersifat lebih rumit dan filosofikal dengan makna yang tinggi. Oleh itu, teka-teki boleh dijadikan bahan mainan dan hiburan atau untuk tujuan yang lebih serius. Contoh teka-teki yang mudah adalah seperti yang berikut: �Gajah putih di tengah rumah� (jawapannya kelambu) �Manis di mulut masam di rambut� (jawapannya: gula-gula getah) �Sebuah tembikar tudungnya berulir, di atas tembikar di bawahnya banjir� (jawapannya: pelita). Contoh yang lebih rumit dan panjang: �Hairan, sekonyong-konyong kelihatannya muntahnya itu bertumbuh menjadi rumput hayat, penuh sepanjang- panjang padang itu. Maka, rumput itu terlalu besarlah faedahnya, dapat menghidupkan yang mati, mencelikkan yang buta, serta mencerdikkan yang hodoh, dan mengubahkan daripada pangkat yang hina kepada mulia. Dengan dialah terutama dapat memudahkan segala pekerjaan yang sukar-sukar, lagi ia adalah penawar yang amat besar. Oleh yang demikian, banyaklah berhimpun di sana suatu macam daripada makhluk yang memungut akan rumput-rumput itu dengan mulutnya, tetapi sekaliannya itu bukannya daripada jenis binatang sekali-kali�. (jawapannya: kalam) Contoh teka-teki dalam bentuk pantun empat kerat dan syair: Bukan tanda sebarang tanda, Tanda putih lambangnya retak, Bukan benda sebarang benda, Dipetik boleh dimakan tidak. (jawapannya: gitar) Tanah bendang mari ditajak, Tajak disimpan di tepi gertak, Dugalah sendiri jikalau bijak, Waktu diperlukan ia dicampakkan. (jawapannya: jala/gasing) |
ornament | hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Gaya prosa yang rumit, tertib dan ostentatious yang digunakan dalam pensejarahan sastera Russia. Dalam kesusasteraan Melayu, gaya tersebut mungkin boleh dilihat dalam sastea hikayat semasa memerikan babak upacara dan adat resam istana. Pemerian ini disebut oleh Bausani sebagai �hiasan keupacaraan� yang banyak dimuatkan dalam karya hikayat Melayu. Babak dalam upacara sering kali diperikan dengan bahasa yang stailistik, tersusun dan tertib untuk mencerminkan budaya yang halus dan sempurna. Lihat juga kesantunan. |
tannin | tanin | Herba | Pemiawaian | Sebatian yang mempunyai struktur polifenol yang rumit. Sebatian tanin terbahagi kepada dua jenis, iaitu tanin terkondensasi dan tanin terhidrolisis. Contoh ekstrak herba yang mengandungi tanin ialah ekstrak kacip fatimah (Marantodes pumilum) dan ekstrak daun mengkudu (Morinda citrifolia). |
Churrigueresque | Churrigueresque | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni bina Barok Sepanyol pada penghujung tahun 1600 dan digunakan hingga tahun 1750 yang bercirikan perincian yang ekstrem dan rumit, terutamanya pada pintu masuk utama bangunan. Gaya Churrigueresque diilhamkan oleh seorang arkitek dan pengukir bernama Jose Benito de Churriguera yang dilahirkan di Madrid. |
self-assembly | swapasang | Fizik | Nanoteknologi | Prinsip asas untuk menghasilkan susunan suatu struktur pada sebarang skala meliputi sistem molekul. Prinsip ini merujuk kepada penyusunan molekul tanpa pengaruh luar. Contohnya, polimer yang rumit mempunyai kemampuan untuk menyusun sendiri struktur gelungan rawak kepada struktur yang lebih stabil. Swapasang berlaku secara spontan dalam alam tabii, terutama dalam sistem biologi. Contohnya, swapasang membran dwilapisan lipid dalam sel. |
bottom-up nanofabrication | nanofabrikasi bawah-atas | Fizik | Nanoteknologi | Pembinaan struktur peranti yang bermula daripada unit terkecil seperti atom atau molekul, sehingga menjadi produk akhir. Proses ini menggunakan teknik sintesis kimia yang rumit dan dikawal rapi, seperti teknik swapasang. Banding nanofabrikasi atas-bawah. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
style galant | style galant | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan perwatakan muzik jenis ini. Komposer style galant adalah seperti Leonardo Vinci (1694-1730), Giovanni Battista Pergolesi (1710-1736), Baldassare Galuppi (1706-1785) dan Giovanni Battista Sammartini (1701-1775). |
Government Technology (GovTech) | Kerajaan Berteknologi Maju | Pentadbiran | Tiada | Pendekatan keseluruhan kerajaan untuk pemodenan sektor awam. GovTech menekankan tiga aspek, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit. (RMK12) |
amorphous computing | pengkomputeran amorfus | Fizik | Nanoteknologi | Pengkomputeran yang berasaskan bilangan peranti ringkas yang geriak (terlalu banyak) sebagai ganti kepada bilangan kecil mikropemproses megalitik. Setiap peranti hanya dapat menjalankan beberapa kerja mudah dan boleh gagal tanpa menjejaskan sistem keseluruhan. Algoritma adalah rumit dan direka bentuk dengan mengambil kira keterbatasan kemampuan setiap unsur serta kemungkinan kegagalan unsur tersebut. Sinonim pengkomputeran geriak. |