Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[rum.pai] | رومڤاي

Definisi : rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yg tidak berguna di kawasan yg telah diusahakan; ~ laut tumbuhan berwarna hijau, perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut, atau di atas batuan yg terendam di pinggir laut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[rum.pai] | رومڤاي

Definisi : rumput dan tumbuh-tumbuhan lain yg tidak berguna: ~ air rumpai yg tumbuh di air. ~ laut tumbuh-tumbuhan yg berwarna hijau, perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut atau di atas batu yg terendam di pinggir laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rumpai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
seaweedrumpai lautSains MarinTiadaSpesies alga marin yang bersifat makroskopik dan multiselular. Terdapat beberapa jenis rumpai laut seperti makroalga merah, coklat dan hijau. Pada umumnya rumpai laut melekat ke dasar laut atau pada permukaan keras lain dengan kewujudan struktur pelekap yang berbentuk seperti akar. Akar rumpai laut tidak berfungsi dalam pengangkutan nutrien sebagaimana akar pada tumbuhan tinggi. Sebahagian spesies rumpai laut boleh dimakan dan mempunyai banyak kepentingan komersial kepada manusia. Terdapat rumpai laut yang digunakan sebagai baja, sebagai bioremediasi atau sebagai sumber polisakarida.
seaweedrumpai lautPerikananAkuakulturOrganisma seperti tumbuh-tumbuhan yang melekat pada batuan atau tempat keras dalam lautan dan menjadi tempat perlindungan serta makanan pelbagai organisma laut. Rumpai laut terbahagi kepada tiga kumpulan yang besar, iaitu alga coklat, alga merah dan alga hijau. Rumpai laut juga sering dimakan oleh manusia, dijadikan bahan dalam produk kosmetik dan pelbagai produk lain kerana khasiatnya yang banyak.
grassy weedrumpai daun tirusPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed eliminationpenghapusan rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed germinationpercambahan rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed scoringpenskoran rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed suppressionperencatan rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed surveytinjauan rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
broad-leaf weedrumpai daun lebarPertanian OrganikTanaman Makanan-
weed-free soiltanah bebas rumpaiPertanian OrganikTanaman Makanan-
12

Kembali ke atas