band brake | brek pita | Kimia | Tiada | Sistem brek yang melibatkan drum yang berputar dan pita pembrek yang tetap [Rajah B7]. Analisis brek ini ialah suatu contoh yang melibatkan penggunaan rumus-rumus geseran tali sawat. Rumusan berkenaan dikenakan untuk keadaan silinder yang berada di bawah tindakan pita dan dalam gerakan jangkaan. |
band brake | brek pita | Mekanik | Gunaan | Sistem brek yang melibatkan drum yang berputar dan pita pembrek yang tetap [Rajah B7]. Analisis brek ini ialah suatu contoh yang melibatkan penggunaan rumus-rumus geseran tali sawat. Rumusan berkenaan dikenakan untuk keadaan silinder yang berada di bawah tindakan pita dan dalam gerakan jangkaan. RAJAH B7 (rujuk ms. 12) |
Newton’s laws of motion | hukum gerakan Newton | Mekanik | Gunaan | Tiga rumus yang (dibentuk oleh Sir Isaac Newton, 1666-1727) memerihalkan gerakan jasad yang halajunya jauh lebih rendah daripada halaju cahaya. Seluruh struktur ilmu mekanik dibentuk berdasarkan tiga hukum yang berkenaan. Rumus-rumus berkenaan ialah, hukum pertama Newton- jasad yang pada mulanya pegun, atau bergerak pada garis lurus dengan halaju yang malar, akan terus berkeadaan begitu sehinggalah jasad itu ditindak oleh daya tak terimbang. hukum kedua Newton – jasad yang ditindak oleh daya tak terimbang akan bergerak dengan pecutan yang berkadar langsung dengan magnitud daya tersebut dan pada hala tindakan daya itu. Pemalar perkadaran di antara daya F dan pecutan a dinamai jisim m bagi jasad tersebut. Bagi gerakan linear, hukum ini biasanya ditulis dalam bentuk persamaan sebagai F = ma. hukum ketiga Newton – apabila daya bertindak pada jasad, jasad itu akan mengenakan daya tindak balas yang sama, berlawanan dan segaris, iaitu bagi setiap tindakan, akan ada tindak balas yang sama dan berlawanan. |
reduction rule | rumus penyingkatan;; rumus penyempitan (makna) | Linguistik | Tiada | Tiada |
international gravity formula | rumus graviti antarabangsa | Mekanik | Gunaan | Rumus yang memberikan nilai pecutan graviti g berdasarkan latitud. Rumus ini diungkapkan sebagai, g = 9.780 (1 + 0.005288 sin2 q - 0.000006 sin2 2q) m/s2 dengan q sebagai sudut latitud yang berkenaan. Dalam analisis kejuruteraan biasa, rumus ini tidak digunakan kerana nilai g berubah sedikit sahaja dari khatulistiwa (9.786 m/s2) ke kutub (9.820 m/s2). Perubahan ini tidak mempengaruhi analisis berkenaan dan biasanya nilai purata g = 9.806 m/s2 digunakan. |
dew-point formula | rumus takat embun | Sains | Hidrometeorologi | Rumus untuk mengira ketinggian hampiran aras pemeluwapan yang menjulang. Oleh itu rumus ini digunakan untuk menganggar ketinggian dasar awan olakan dalam keadaan atmosfera dan topografi yang sesuai. Secara amali dan mudah, ia mungkin dinyatakan sebagai: dengan ialah ketinggian dalam kaki; suhu permukaan udara dalam oF; dan ialah takat embun permukaan dalam oF. Ini berpunca daripada hampiran berikut: suhu berkurangan sebanyak 5.5oF, dan takat embun berkurangan 1oF, bagi setiap 1000 kaki peningkatan ketinggian. Gambarajah ketinggian olakan awan ialah bentuk grafik rumus ini. |
psychrometric formula | rumus psikrometri | Sains | Hidrometeorologi | Rumus separa empiris yang digunakan dalam persediaan jadual psikrometri. Rumus ini adalah seperti yang berikut: dengan ialah tekanan wap di bawah keadaan cerapan; tekanan wap tepu pada tahap suhu bebuli basah (terhadap air apabila bebuli basah disaluti oleh air dan terhadap air apabila disaluti oleh ais); tekanan udara; suhu bebuli kering; dan pemalar psikrometri kelajuan angin yang melintasi bebuli. |
airlight formula | rumus cahaya udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Rumus asas teori jarak visual yang menghubungkan tiga faktor, iaitu lar ketara sebuah objek hitam yang jauh. Bb, lar ketara langit yang berhampiran ufuk, Bh, dan pekali pemupusan lapisan udara yang berdekatan dengan bumi, a. Rumus ini boleh dituliskan seperti yang berikut: Bb = Bh (1 � e -ax ). dengan x ialah jarak dari objek ke pemerhati. Rumus ini dikenali juga sebagai hukum Koschmieder. |
Schlick formula | rumus Schlick | Kejuruteraan | Tiada | Rumus asas untuk menentukan frekuensi tabii getaran kapal. |
Makeham formula | rumus Makeham | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Rumus yang boleh digunakan untuk menentukan harga sesuatu jenis bon. |