formulated feed | makanan rumusan | Perikanan | Akuakultur | Makanan yang dihasilkan mengikut resipi dan campuran bahan tertentu bentuk pelet. Makanan rumusan terdapat dalam bentuk yang berbiji-biji, serbuk atau kepingan. Terdapat dua jenis makanan rumusan, iaitu terapung dan tenggelam, bergantung kepada formulasi dan kaedah pemprosesan. |
pollster | peninjau pendapat awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu atau organisasi yang mengendalikan tinjauan pendapat awam. Individu atau organisasi ini bertanggungjawab memproses setiap perolehan tinjauan yang telah dibuat bagi mengumpulkan data-data untuk menghasilkan satu rumusan tinjauan pendapat. Lazimnya, rumusan tinjauan ini akan digunakan oleh parti-parti politik atau media untuk menyediakan strategi dalam menghadapi pilihan raya. Contohnya, akhbar News Straits Times dan Star sering menjadi peninjau pendapat setiap kali menjelang pilihan raya. Sinonim peninjau pengundi. |
infant formula | rumusan bayi | Sains Kesihatan | Tiada | Susu yang dirumus khas daripada susu lembu atau soya untuk bayi. |
psychodynamic formulation | rumusan psikodinamik | Perubatan | Psikiatri | Kesimpulan untuk memahami tingkah laku individu dengan mengambil kira pemahaman tentang konflik sedar dan tidak sedar. |
pellet | pelet | Perikanan | Akuakultur | Bentuk makanan rumusan yang diperoleh selepas campuran beberapa jenis bahan ramuan atau serbuk yang diasak dan dipaksa keluar melalui acuan khas menjadi butiran bersaiz kecil. Saiz butiran boleh diubah mengikut saiz acuan berdasarkan pada kesesuaian peringkat umur ternakan yang memakannya. |
blood meal | tepung darah | Perikanan | Akuakultur | Bahan rumusan mentah untuk ikan yang terdiri daripada hasil sampingan dari rumah sembelihan haiwan, iaitu darah haiwan yang telah dikumpul, dikering dan dikisar. Tepung darah dijadikan sebagai bahan makanan ternakan ikan. Tepung darah merupakan sumber protein yang tinggi, dengan kandungan protein kasar melebihi 80%. |
Javal's rule | peraturan Javal | Sains Kesihatan | Tiada | Rumusan yang mengaitkan astigmatisme kornea dan astigmatisme kanta habluran dengan astigmatisme total mata. |
wheatmeal | tepung gandum | Perikanan | Akuakultur | Bahan mentah yang digunakan dalam makanan rumusan ikan. Bahan ini berfungsi sebagai sumber karbohidrat dan juga bahan perekat. |
cassava meal | tepung ubi kayu | Perikanan | Akuakultur | Bahan mentah yang digunakan dalam makanan rumusan ikan. Tepung ubi kayu berfungsi sebagai sumber karbohidrat dan juga bahan perekat. |
fish meal | tepung ikan | Perikanan | Akuakultur | Bahan asas utama yang digunakan dalam penyediaan makanan rumusan ikan dan udang. Tepung ikan mengandungi sumber protein yang tinggi dan kandungan asid amino perlu yang lengkap untuk keperluan ikan. Terdapat dua jenis sumber tepung ikan utama, iaitu tepung ikan import dan tepung ikan tempatan. Tepung ikan import diproses daripada hasil tangkapan ikan secara komersial khas untuk penghasilan tepung ikan, manakala tepung ikan tempatan diproses daripada hasil tangkapan sampingan atau ikan baja. |