Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung; ~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rusa I

Puisi
 

Rusa ini rusa berdua,
     Terbit makan rumput manisan;
Tiada jodoh kita berdua,
     Boleh anak kita berbesan.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Rusa dijumpai tiada dikejar.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat harta timbul, d. Dapat kijang teruit, e. Dapat tebu rebah, f. Kura-kura kakinya tiada basah, g. Mendapat pisang terkubak).

 

Lihat selanjutnya...(18)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
raindeer mosslumut rusaBiologiMikologiNama am yang digunakan oleh orang awam untuk Cladonia rangifera yang menjadi makanan kesukaan rusa di kawasan beriklim sejuk.
buck eyemata rusaBiologiPatologiPenyakit pada buah tomato yang disebabkan oleh kulat Phytophthora erythroseptica dan P. nicotianae var. parasitica. Bintik tersebut begitu khusus bentuknya, iaitu menyerupai mata rusa.
Ig. hart rot; hart rusa jantanbusuk tetandukKimiaTiadaPenyakit pada pokok kelapa yang disebabkan oleh protozoa berflagelum, ialah Phytomonas. Gejala utamanya ialah busuk pada infloresens hingga tidak membuka dan daunnya kering serta patah hingga nampak seperti sekumpulan tanduk rusa. Buah muda pada pohon yang terserang gugur pada peringkat yang masih muda lagi.
reindeerrusa saljiGeografiTiadaHaiwan yang hidup di kawasan sejuk dan boleh diternak untuk mendapatkan daging dan susu.
venisondaging rusaVeterinarTiadaTiada
fawnanak rusaVeterinarTiadaTiada
vanisondaging rusaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
reindeer herdingmengembala rusa saljiGeografiTiadaTiada
fawn foottapak rusa (tangkai kapak)PerhutananTiadaTiada
buckkambing jantan; rusa jantan; tualPerhutananTiadaTiada
1234

Kembali ke atas