Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ru.tin] | روتين

Definisi : 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. su­­dah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, meng­gosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ru.tin] | روتين

Definisi : 1 apa-apa yg biasa dan selalu dilakukan; cara yg tetap dan biasa utk melakukan sesuatu; kebiasaan. 2 ist set arahan yg teratur dlm atur cara komputer yg digunakan utk mengarahkan komputer melaksanakan tugas tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata rutin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vitamin Pvitamin PHerbaTiadaRutin, C27H30O16. Sekumpulan sebatian seperti sitrin yang berguna untuk pengekalan keadaan normal dinding saluran darah kecil.
aseptic techniqueteknik aseptikPerikananAkuakulturPenggunaan amalan dan prosedur rutin yang diambil untuk mencegah kultur, stok media steril dan peralatan daripada tercemar oleh patogen. Contoh teknik aseptik ialah membersihkan dan mensteril permukaan makmal sebelum digunakan, mengehadkan masa pendedahan kultur atau media terkena udara, memastikan piring petri sentiasa ditutup, dan mensterilkan gelung dan peralatan lain yang bersentuhan dengan mikroorganisma yang dikultur.
capable guardianpenjaga berupayaKriminologiKeadilan JenayahSalah satu elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menyatakan bahawa individu atau sistem boleh atau berpotensi melindungi barangan bernilai atau keselamatan diri untuk tujuan pencegahan jenayah. Contohnya, ibu bapa ialah penjaga berupaya bagi kanak-kanak, manakala sistem keselamatan ialah penjaga berupaya bagi barangan bernilai.
transitory health recordrekod kesihatan transitTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik yang mengandungi rutin surat-menyurat atau dokumen-dokumen lain yang bersifat sementara dan bukan sebahagian daripada rekod pentadbiran. Rekod ini tidak diperlukan untuk mengekalkan fungsi pentadbiran dan tidak difailkan di bawah sistem pengelasan rekod standard.
motivated offenderpesalah terdorongKriminologiKeadilan JenayahSalah satu daripada elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menjelaskan bahawa seseorang individu mempunyai niat dan kemampuan untuk melakukan jenayah.
commuter bikebasikal komuterUmumTiadaSejenis basikal yang digunakan untuk berulang-alik ke sesuatu tempat ke tempat yang lain secara rutin.
master boot recordrekod but indukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTempat khas dalam cakera keras yang menyimpan maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi ini mengandungi rutin permulaan sistem pengendalian, maka rekod ini boleh ditukar untuk memaksa sistem menjalankan kod hasad seperti virus apabila komputer dimulakan. Sinonim sektor but.
maximum sustainable yieldhasil lestari maksimumSains MarinTiadaTahap penghasilan maksimum yang dapat dicapai pada sesuatu unit masa. Pada tahap penghasilan ini sumber semula jadi seperti sumber perikanan, sumber hutan dan lain-lain yang boleh dieksploitasi secara rutin tanpa menyebabkan kepupusan sumber.
forest bathingmandian rimbaPsikologiTiadaPerbuatan meluangkan masa di dalam rimba untuk menikmati keindahan alam semula jadi. Mandian rimba merupakan salah satu cara untuk mengatasi dan mengurangkan tekanan kepada golongan yang sibuk bekerja dengan menghayati segala yang terdapat di sekelilingnya termasuklah bunyi, bau dan pemandangan. Istilah ini berasal daripada bahasa Jepun, iaitu ‘shinrin-yoku’ dan merupakan rutin di Jepun sejak tahun 1980-an. Mandian rimba juga dikenali sebagai terapi rimba.
neologismneologismeKesusasteraanPuisiPemilihan dan penggunaan perkataan baharu dalam sesebuah puisi yang dicipta. Pembentukan dan penggunaan kata baharu itu mungkin berasal daripada bahasa penyair sendiri mahupun dipinjam daripada bahasa asing. Penggunaan kata-kata neologisme ini bertujuan untuk menjelaskan lagi sesuatu isu atau pemikiran yang diungkapkan oleh penyairnya dan mungkin juga merupakan suatu stail saja. Contohnya, penggunaan neologisme ini dapat dilihat dalam "Sajak Warga Kata" karya Baha Zain. Antara kata-kata tersebut ialah warga, bankrap, pub, nightclub, combat, piring terbang, jutawan, rutin, burger, instant mee dan kerantung.

Kembali ke atas