Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.Öat] | ساعت

Definisi : 1. masa yg sangat pendek: se~ duduk, baginda pun berangkat masuk; 2. waktu yg panjangnya drpd satu minit, detik: seorang laki-laki berjalan dua meter se~; 3. ketika, waktu: kami menunggu ~ tibanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.Öat] | ساعت

Definisi : 1 masa yg lamanya 1/60 minit; detik: 60 ~ satu minit, 60 minit satu jam. 2 waktu; ketika: Apabila sampai ~nya, ia pun melahirkan anak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
saat (kata nama)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan satu per enam puluh minit

2. Bersinonim dengan detik: ketika, masa, waktu, kala, jam, semasa, tempoh,

Kata Terbitan : sesaat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rip currentarus simbarSains MarinTiadaAliran air laut kuat yang mengalir akibat kesan songsangan pukulan ombak di garisan pinggir laut. Aliran ini bergerak pada halaju 0.5 m per saat dan boleh sepantas 2.5 m per saat. Arus ini bergerak ke lokasi berlainan, sehingga berpuluh- puluh meter sehari. Arus ini juga dapat berlaku di mana- mana pantai dengan keadaan ombak pecah, termasuklah di lautan, laut dan tasik yang besar.
broadbandjalur lebarTeknologi MaklumatTiadaMuatan penghantaran bagi sesuatu talian penghantaran seperti rangkaian komunikasi, bas komputer atau saluran komputer. Dalam komunikasi analog, jalur lebar diukur dalam Hertz (kitaran per saat). Dalam komunikasi digital, jalur lebar diukur dalam bit per saat (bps). Contohnya jalur lebar talian T-1 adalah 1.54Mbps manakala jalur lebar talian telefon biasa adalah 28.8 Kbps.
dyingnazakKejururawatanTiadaPerihal saat akhir hayat seseorang yang ditandai oleh tekanan darah semakin menurun, denyut nadi semakin lemah, dan pernafasan semakin cetek.
collision cross sectionkeratan rentas pelanggaranFizikTiadaBilangan pelanggaran per unit isi padu per saat bagi satu unit fluks sinaran tuju atau diungkapkan sebagai: dengan n = bilangan zarah per cm² pada alur tuju, v = hala tuju zarah alut tuju, N = bilangan nukleus per cm² pada lapisan sasaran dan t = tebal lapisan sasaran.
Cheyne-Stokes breathingpernafasan Cheyne-StokesKejururawatanTiadaPernafasan yang abnormal dengan kadar pernafasan menjadi perlahan dan berhenti beberapa saat sebelum bernafas dengan cepat dan menjadi perlahan semula. Keadaan ini berlaku terutamanya kepada pesakit yang tenat.
reelskekiliTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaCiri baharu dalam Instagram yang membolehkan pengguna membuat klip video bermuzik dengan pelbagai penyuntingan audio dan video serta kesan visual selama 15 saat dan boleh dikongsi di profil pengguna.
bitterness valuenilai kepahitanHerbaTiadaTahap rasa kepahitan bahan herba berbanding piawai rujukan kuinina hidroklorik. Nilai ini merupakan ukuran tahap kepahitan bagi herba yang mengandungi bahan pahit. Kaedah ini berguna untuk menentukan kualiti bahan mentah. Larutan air sampel herba biasanya dalam julat cairan tertentu dikumur selama 30 saat dan diluahkan. Larutan yang kekal memberikan rasa pahit sehingga melepasi 30 saat ditentukan dan dibandingkan dengan larutan piawai air kuinina hidroklorik. Ujian ini hanya dilakukan pada bahan herba yang identiti bahan kimianya telah dikenal pasti dan diketahui selamat. Contohnya daun teh.
mass airflowaliran jisim udaraKejuruteraan AutomotifEnjinKuantiti udara yang mengalir melalui pancarongga pengam- bilan dan masuk ke dalam kebuk pembakaran enjin. Kuantiti ini selalu diungkapkan dalam jisim per unit masa, seperti kg/ saat.
uncommitted voterpengundi tidak terikatSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi atau pemilih yang tidak mengaku menyokong mana-mana parti politik. Dalam erti kata lain, identifikasi politik tidak wujud. Pengundi seperti ini akan membuat pemilihan hanya di saat akhir iaitu semasa hari mengundi. Pengundian juga boleh berubah kepada calon atau parti lain semasa penggal akan datang. Pengundi jenis ini biasanya tidak tetap pendirian dan mudah terpengaruh dengan kempen dan propaganda menjelang pilihan raya. Pengundi tidak terikat ini kebanyakannya terdapat di negara yang mengamalkan sistem dua parti seperti di Australia dan New Zealand.
static stretchingregangan statikSains SukanBiomekanikRegangan yang dilakukan untuk meregangkan otot sehingga had pergerakan dan kedudukannya dikekalkan untuk tempoh tertentu tanpa sebarang gerakan. Aktiviti ini melibatkan pergerakan regangan yang perlahan. Regangan ini biasanya dilakukan selama 30 saat untuk setiap aktiviti regangan.
12

Kembali ke atas