Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. perbuatan memusnahkan harta benda musuh dll semasa pertelingkahan politik; 2. perbuatan menggagalkan sesuatu usaha dsb, perbuatan khianat: syarikat itu terpaksa meng-hadapi pelbagai ~; mensabotaj menggagalkan atau merosakkan aktiviti lawan dll, mengkhianati: kita harus mengutamakan Bahasa Kebangsaan, dan tidak sebaliknya cuba ~ Bahasa Kebangsaan itu dgn memperkukuh bahasa Inggeris; pensabotaj orang (pihak) yg melakukan sabotaj, pengkhianat: akhirnya kegiatan ~ itu dapat dikesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sabotaj (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khianat, perbuatan belot;,
Kata Terbitan : mensabotaj,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nuclear securitysekuriti nuklearSains NuklearKejuruteraan ReaktorPencegahan, pengesanan dan tindak balas terhadap kecurian, sabotaj, akses yang tidak dibenarkan, pemindahan haram atau perbuatan berniat jahat lain yang melibatkan bahan nuklear, bahan radioaktif lain atau fasiliti yang berkaitan dengannya. Lihat juga nuclear security event.
computer abusesalah guna komputerTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenyalahgunaan komputer dengan mengubah, mengganggu atau memusnahkan sumber pemprosesan data dengan sengaja bagi tujuan jahat, sama da untuk meraih keuntungan ataupun sabotaj. Lihat juga salah guna keistimewaan.
response forcespasukan tindak balasSains NuklearKejuruteraan ReaktorSekumpulan individu terlatih dan lengkap bersenjata di lokasi kejadian atau di lokasi lain untuk menangani percubaan pemindahan tanpa kebenaran atau tindakan sabotaj.
ConfrontationKonfrontasiSains PolitikPolitik PerbandinganPertentangan dua atau lebih pihak terhadap sesuatu perkara yang menyebabkan hubungan sosial, ekonomi atau politik antara pihak tersebut berada dalam konflik. Konfrontasi wujud disebabkan oleh tindakan atau pelaksanaan sesuatu dasar oleh pihak pertama yang dilihat oleh pihak kedua atau ketiga sebagai mengancam kedudukan atau kepentingan mereka. Sebagai tindak balas untuk menggagalkan matlamat pihak pertama, pihak kedua atau ketiga ini mengambil langkah menghalang seperti tindakan ketenteraan, sabotaj atau boikot. Tindakan pihak kedua dan ketiga ini menyebabkan lahirnya suatu keadaan yang tegang antara pihak yang terlibat. Contohnya, Indonesia pernah melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia berhubung dengan isu penubuhan Malaysia 1963.
contestationpersainganSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan saling mempengaruhi antara individu, kelompok dan organisasi dalam sesuatu arena seperti ideologi, sokongan masyarakat, idea atau pemikiran. Situasi ini wujud dalam dua bentuk yang utama iaitu, persaingan yang bersifat positif apabila pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang sihat dan bermoral bagi memperoleh pengaruh masing-masing seperti menonjolkan manifesto, poster dan imej yang baik tanpa menghina pihak lawan. Contohnya, penggunaan poster secara berleluasa di kalangan parti politik dalam memperoleh undi semasa pilihan raya. Bentuk kedua merupakan persaingan yang bersifat negatif iaitu pihak yang bersaing menggunakan pendekatan yang bersifat matlamat menghalalkan cara seperti sabotaj, tikam belakang, fitnah, kawalan undang-undang, indoktrinasi intelektual, kronisme dan nepotisme untuk mendapatkan sokongan.

Kembali ke atas