Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : 1. kawan, teman, taulan: drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~; 2. pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi; ~ handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ha.bat] | صحابت

Definisi : orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya; kawan; teman: Drpd banyak seteru, lebih baik banyak ~. ~ karib kawan yg rapat sekali. ~ handai semua kawan. ~ Nabi orang yg rapat dgn Nabi; pembantu Nabi yg setia. bersahabat berkenalan serta berbaik-baik; berkawan: Jangan ~ dgn orang jahat. persahabatan hal atau perbuatan bersahabat; perhubungan sbg sahabat: ~ kami menjadi semakin erat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Nasi habis budi bersua.

Bermaksud :

Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pragmatismpragmatismeKesusasteraanPuisiPuisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat.
e-carde-kadTeknologi MaklumatTiadaKad ucapan dalam bentuk elektronik dan biasanya dikirim oleh sahabat atau ahli keluarga melalui e-mel. Kad ucapan elektronik ini biasanya perlu diakses dari tapak jaringan tertentu. Sinonim e-kad ucapan
apoliticalpolos politikSains PolitikPolitik PerbandinganKonsep yang menerangkan atau memperjelaskan sama ada seseorang, organisasi atau kaum yang tidak terikat atau tidak mempunyai hubungan atau rangkaian politik dengan mana-mana pertubuhan dan organisasi politik tertentu. Dengan kata lain, ia bersifat neutral dalam percaturan politik mereka. Organisasi seperti Sahabat Alam, Green Peace ataupun pertubuhan Amnesty Antarabangsa merupakan sebuah organisasi atau pertubuhan yang bersifat polos politik. Polos politik juga membawa maksud sesuatu keadaan yang neutral iaitu tidak mempunyai sebarang matlamat politik. Contohnya, lawatan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Acheh bagi meninjau keadaan masyarakat selepas kejadian tsunami merupakan lawatan yang bersifat polos politik.
interest groupkelompok sekepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan ahlinya. Mereka ini amat sensitif terhadap perkembangan kepentingan yang diperjuangkannya. Kumpulan ini boleh mempengaruhi proses penggubalan sesuatu dasar kerajaan tetapi tidak terlibat secara langsung dalam proses pembentukan kerajaan. Pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam secara keseluruhannya tetapi secara spesifik bergerak untuk kepentingan yang lebih khusus seperti memelihara alam sekitar, peminat seni, pendukung kepentingan wanita, pejuang kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan dalam melaksanakan perjuangannya dengan pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, menganjurkan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen. Contohnya, Sahabat Alam Malaysia untuk alam sekitar dan Tenaganita untuk kepentingan kaum wanita. Sinonim kumpulan berkepentingan.
non-governmental organizationorganisasi bukan kerajaanSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk untuk memperjuangkan kepentingan sesuatu kelompok. Pertubuhan ini sering disebut sebagai kumpulan pendesak yang bergerak dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang mewakili kepentingan masing-masing. Sifat utama pertubuhan ini adalah untuk mempengaruhi dasar kerajaan tetapi tidak bertujuan menyertai persaingan merebut kuasa pemerintahan, dan ini membezakannya dengan parti politik. Kumpulan ini menggunakan pelbagai cara untuk mempengaruhi keputusan kerajaan seperti melobi, menggunakan media, menulis surat kepada pihak berkuasa, membuat petisyen atau melancarkan tunjuk perasaan. Walau bagaimanapun, pertubuhan ini tidak melaksanakan gerakan secara keganasan. Contohnya, pertubuhan alam sekitar seperti Sahabat Alam dan Pertubuhan Alam Semula Jadi Malaysia (MMS), pertubuhan pengguna seperti Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan pertubuhan buruh pula seperti Persatuan Pekerja Kerajaan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Kembali ke atas