counter elite | elit saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu. |
competitive party system | sistem parti saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang membolehkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya mencapai kemenangan. Saingan ini biasanya merujuk kepada sistem pilihan raya yang berasaskan pengundian bercorak peratusan berkadar. Dalam sistem ini, parti yang memenangi sesuatu pilihan raya berkemungkinan akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang dan sebaliknya. Secara amnya, sistem parti yang wujud dalam sistem demokrasi diklasifikasikan sebagai sistem parti yang mempunyai saingan yang sengit. Contohnya, Jerman, Australia dan Perancis mengamalkan sistem parti saingan. |
counter culture | budaya saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Budaya yang bersaing dengan budaya lain yang menjadi ikutan majoriti masyarakat. Budaya ini dibentuk dan digerakkan oleh sekelompok minoriti ahli masyarakat yang cuba mempertahankan nilai tradisional dan tempatan yang terhakis akibat pengaruh nilai luar yang semakin menular ke dalam masyarakat tersebut. Kelompok yang menggerakkan budaya ini akan menggunakan pelbagai mekanisme untuk menyaingi budaya majoriti, antaranya melalui bahasa, organisasi, muzik, ideologi, penampilan dan juga tingkah laku sebagai langkah menyedarkan masyarakat. Contohnya, irama muzik etnik sebagai budaya saingan kepada irama muzik Barat yang digemari oleh remaja di negara ini. |
uncompetetive antagonist | antagonis tanpa saingan | Sains Kesihatan | Tiada | Antagonis farmakologi yang bertindak pada tapak tindakan yang berlainan dan kesannya tidak dapat diatasi. |
consolidation (power) | pengukuhan (kuasa) | Sains Politik | Politik Perbandingan | Aksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004. |
cooptation | pilih lantik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi. |
power | kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keupayaan untuk menguasai dan mempengaruhi seseorang, kelompok atau negara lain yang biasanya mempunyai kaitan dengan autoriti. Melalui keupayaan ini, ia boleh mengarah seseorang, kelompok atau negara bertindak mengikut kehendaknya. Kuasa politik selalunya bersandarkan kepada sokongan orang ramai, kekuatan tentera atau ekonomi yang diberi melalui peruntukan perlembagaan, kelulusan dewan perundangan atau pengesahan di peringkat PBB. Lawatan penting dalam pemerintahan, pentadbiran negara dan organisasi penting selalu diikuti dengan kuasa atau bidang kuasanya. Dengan itu, ia menjadi rebutan orang ramai seperti pilihan raya yang menjadi saingan parti politik kerana mahukan kuasa untuk memerintah negara. Kuasa boleh juga wujud dalam keadaan tidak absah seperti menggunakan kekuatan tentera, kekerasan dan dilaksanakan ke atas pihak yang lebih lemah. Contohnya, tindakan Amerika Syarikat mengingkari keputusan PBB untuk bertindak menyerang Iraq pada tahun 2003 adalah satu manifestasi penggunaan kuasa tanpa sebarang kewajaran atau kelulusan. |