science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
sports science | sains sukan | Sains Sukan | Biomekanik | Bidang yang mengaplikasikan sains ke dalam sukan dan menggabungkan disiplin-disiplin seperti perubatan, anatomi, psikologi, fisiologi, biomekanik dan pemakanan. |
new mythology | mitologi baru | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat. |
anti-science fiction | fiksyen antisains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen yang memperlekeh pemikiran sains, namun masih mengekalkan secara minimum unsur-unsur fiksyen sains. Fiksyen antisains mempunyai tarikan kepada khalayak yang bimbang akan kesan sains dan teknologi yang semakin terhakis. Fiksyen antisains tidak semantap fiksyen sains yang sebenar dari segi pengisian fakta sains, malahan karya begini biasanya dikaitkan dengan filem dan televisyen, bukannya dengan kesusasteraan moden. Contoh fiksyen antisains ditemui dalam novel C.S.Lewis berjudul Till We Have Faces. |
pharmaceutics | farmaseutik | Sains Kesihatan | Tiada | Bidang sains farmasi yang melibatkan penyediaan, pembangunan, penggunaan, dan pengagihan ubat. |
biophysics | biofizik | Sains Sukan | Biomekanik | Cabang ilmu sains sukan yang mengaplikasikan prinsip dan kaedah fizik dalam sistem biologi, yang memfokuskan aspek saintifik pergerakan manusia. Cabang ilmu ini melibatkan disiplin ilmu biomekanik, anatomi, fisiologi, kawalan motor dan psikologi. |
pharmacy | farmasi | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Kedai atau bahagian kedai yang menjual dan memberikan ubat. 2. Perkerjaan atau bidang sains yang melibatkan pembuatan ubat. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |
fundamental motor pattern | corak motor fundamental | Sains Sukan | Biomekanik | Corak lakuan motor yang asas, biasanya dapat diperhatikan pada kanak-kanak sebelum menjangkau umur prasekolah. Corak lakuan ini perlu dicapai sebelum corak lakuan yang matang diperoleh. Dalam sains sukan, proses mengenal pasti bakat sukan melibatkan penilaian kecekapan dalam mempamerkan corak lakuan yang matang. |
abduction | abduksi | Sains Sukan | Biomekanik | Pergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral menjauhi garis tengah badan. Abduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari sisi badan ke atas, manakala abduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari sisi badan ke atas. Contohnya, fasa yang melibatkan abduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding aduksi. |