Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ja/] | ساجق

Definisi : 1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~ tarinya; bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. meng­ungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~; menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karang-an), menyesuaikan bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2. mengarang dlm bentuk sajak; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair: seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan sajaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja/] | ساجق

Definisi : segak (orang), bergaya, tampan (laki-laki), padan atau cocok: sangat tampan Wan Derus dgn pakaian itu, nampak benar ~ Wan Derus sbg seorang panglima; manis sikap dan ~; bersajak ark padan, sesuai, cocok: mendapat isteri yg ~; menyajak menghias (memakai dll) supaya kelihatan sajak: Norman seorang pemuda Melayu yg sajak dan lawa, payah ditandingi dlm ~ badan; penyajak orang yg suka menyajak (supaya kelihatan sajak). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ja/] | ساجق

Definisi : 1 bunyi yg sama pd suku kata dlm pantun dll terutamanya pd suku kata yg terakhir: Pantun ini tidak kena ~nya. 2 puisi moden yg biasanya tidak mempunyai bentuk-bentuk tertentu. 3 kelihatan bergaya atau tampan; padan; cocok: ~ benar Basrun apabila memakai pakaian tentera. bersajak 1 sesuai atau sama bunyi suku katanya: Kata berlayar, ~ dgn kata bayar. 2 dlm bentuk sajak: cerita ~. menyajak 1 mengarang sajak: Dia telah mula ~ sejak awal tahun lima puluhan lagi. 2 menghias diri supaya kelihatan sajak: Norman memang pan­dai ~ badan. penyajak 1 orang yg mengarang sajak. 2 orang yg suka atau pandai menghias diri supaya kelihatan sajak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sajak
1. Bersinonim dengan puisi
( syair, epik, gurit, bait, prosa, epos, nalam, nazam, radif, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan segak
( bergaya, tampan, lawa, cantik, indah, menarik, pantas, padan, cocok, sekah, takah, tumandang, )
(adjektif:)
Berantonim dengan hodoh

Kata Terbitan : bersajak, menyajak, menyajakkan, penyajak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mythopoeiacipta mitosKesusasteraanTiadaPengubahsuaian bahan mitos atau pembikinan mitos peribadi secara sedar. Contoh pembikinan mitos peribadi boleh ditemui dalam sajak-sajak William Blake. Antara pengarang tempatan yang mengubah suai bahan mitor ialah Shahnon Ahmad dan cerpennya bertajuk �Wan Enpuk Wan Malini�. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �cipta mitos�. Cipta mitos dikenali juga sebagai serap mitos.
dramatic monologuemonolog dramatikKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membenarkan watak mendedahkan perasaan dan fikirannya secara langsung kepada penonton. Istilah ini dikaitkan dengan sajak Robert Browning seperti �My Last Duchess� dan �The Bishop Orders His Tomb�. Sajak-sajak ini menyampaikan fikiran dan perasaan watak dalam situasi dramatik. Dalam teater tradisional Melayu seperti makyung dan wayang kulit, teknik ini dikenali sebagai ucap tetap. Contohnya, semasa watak Pak Yung memperkenalkan dirinya secara monolog kepada khalayak dalam cerita Raja Bongsu Sakti. Selain itu, teknik ini juga terdapat dalam bangsawan dan drama Shakespeare. Contohnya, adegan dalam drama Hamlet, �To be or no to be� merupakan monolog dramatik.
prose poemsajak prosaKesusasteraanTiadaSajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani.
centrifugal structurestruktur emparanKesusasteraanTiadaStruktur sajak yang bergerak ke luar dari pusatnya. Gerakan melalui beberapa lapisan dan sudut pandangan sehingga kepada hujahan utama sajak tersebut. Sajak merangkumi pelbagai imej dan konsep yang berbeza tetapi dihubungkaitkan dengan nada dan tema. Sajak sedemikian mempunyai struktur dan tema yang luas dan longgar sehingga dapat menampung isi yang pelbagai dan menyimpang. Lihat juga struktur memusat.
troubadourtrubadurKesusasteraanTiadaTurbador: Kelompok penyair lirik yang menyanyikan sajak, terutama sajak cinta terhadap perempuan keturunan bangsawan.
horation odeoda horasKesusasteraanTiadaSajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda.
kinetic poemsajak kinetikKesusasteraanTiadaSajak yang memperlihatkan pergerakan melalui kata atau huruf yang disusun sedemikian rupa sehingga mencapai pola visual. Contohnya dalam sajak �Debu� karya Prof. Dr. Muhammad Bukhari Lubis. Lihat juga puisi pola.
topographical poemsajak topografikalKesusasteraanTiadaSajak yang menggunakan unsur-unsur geografi sebagai isinya. Unsur-unsur tersebut termasuklah gunung, sungai, kampung, bandar dan lain-lain. Sajak ini popular di England pada kurun ke-18 dan 19. Pada zaman moden, penyair seperti Richard Hugo menggunakan landskap untuk melahirkan puisi meditasi dan falsafah.
stanzastanzaKesusasteraanTiadaSatu unit yang mengandungi beberapa bait dalam sesebuah sajak. Unit ini berfungsi menstrukturkan sajak tersebut kepada bahagian kecil. Unit ini bergantung pada jumlah baris, panjang pendek suku kata dalam setiap baris, skema rima dan matra. Sajak yang mempunyai 16 baris mungkin dibahagikan kepada empat stanza, dan setiap stanza mengandungi empat baris. Stanza berfungsi untuk menggariskan sempadan dan memperkembangkan suatu idea kepada idea yang seterusnya.
mesostichsajak aksara tengahKesusasteraanPuisiSajak yang terdapat pada huruf tengah tertentu dalam membentuk sebuah kata. Contohnya, puisi "Tua" karya A. Ghafar Ibrahim. Hari depan tidak payah diiklankan pagi: tik tok tik tok meninggalkan bulan. malam: tok tik tok tik meninggalkan mentari
123456789

Kembali ke atas