Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sak.ral] | سکرل

Definisi : (Ant) berkaitan dgn atau utk upacara suci: unsur ~ atau magis akan menyentuh jiwa atau semangat pendukungnya; kita harus melihat bagaimana orang Barat menggunakan trans-formasi bahasa seni bina ~ kpd seni bina lain di negaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sakral


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canonkanunKesusasteraanTiadaSekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut.

Kembali ke atas