annual ring | cecincin tahunan; gegelang tahunan | Biologi | Tiada | 1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang. |
professional liability insurance | insurans liabiliti profesional | insurans | Tiada | 1. lih. insurans salah amalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang perubatan. 2. lih. insurans ralat dan ketinggalan untuk takrif yang bersesuaian dengan bidang seperti perundangan dan perakaunan. Ralat dan ketinggalan juga terdapat di dalam kebanyakan jenis perniagaan seperti agensi pelancongan dan ibu sawa telefon. |
nanotechnology | nanoteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Cabang sains yang memberikan tumpuan kepada jirim bersaiz antara 1 hingga 100 nanometer. Salah satu aspek skala nano yang terpenting adalah semakin menjadi kecil objek, semakin besar nisbah antara luas permukaan dengan isi padu. |
malpractice insurance | insurans salah amalan | insurans | Tiada | Polisi insurans bagi seseorang profesional yang memberi perlindungan ke atas: 1. Dakwaan yang timbul akibat kecuaiannya; dan 2. Amaun yang ditetapkan oleh mahkamah ke atas sebarang ganti rugi tertakluk kepada had yang ditetapkan dalam polisi. |
charging current | arus pengecasan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Arus elektrik yang dialirkan dalam sel ketika proses pengecasan sedang dilakukan. Dalam proses ini tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga kimia yang tersimpan dalam sel tersebut. 2. Arus elektrik yang terhasil daripada aliran elektron apabila proses pengecasan titisan raksa terhadap larutan berlaku dalam polarografi. Ia merupakan salah satu komponen arus baki. bd. arus baki. |
backfire | sedakan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | 1. Letupan yang berlaku dalam sistem ekzos akibat penyalaan campuran udara-bahan api yang tidak terbakar sepenuhnya semasa lejang pembakaran. Sedakan biasanya berlaku ketika kenderaan dinyahpecut. 2. Letupan yang berlaku dalam pancarongga pengambilan akibat injap pengambilan tidak tertutup sepenuhnya menyebabkan bunyi letupan keluar melalui saluran udara masukan. Letupan ini biasanya berlaku kerana pemasaan pencucuhan yang salah, wayar palam pencucuh yang di- pasang tidak mengikut jujukan nyalaan dan injap masukan yang terlekat. |
rice bran | dedak padi | Perikanan | Akuakultur | Bahan ramuan atau bahan mentah yang digunakan dalam formulasi makanan rumusan sebagai pengisi dan sumber karbohidrat. Dedak padi merupakan selaput antara kulit padi dengan beras yang terdiri daripada lapisan aleuron, germa dan sebahagian daripada endosperma yang diperoleh semasa pemprosesan padi untuk menghasilkan beras. Berat dedak padi ini adalah 10% daripada keseluruhan berat padi dan mengandungi aras protein, lemak, vitamin dan mineral yang lebih tinggi berbanding beras. Kandungan proteinnya ialah sebanyak 12% – 15% dan bahan serabutnya pula sebanyak 16% – 18%. Dedak padi juga mempunyai kandungan tenaga, fosforus dan vitamin B yang tinggi serta kerap digunakan sebagai salah satu komponen dalam makanan ayam dan ternakan lain. Walau bagaimanapun, bahan ini juga mengandungi faktor antipemakanan yang dikenali sebagai fitat atau asid fitik yang boleh menjejaskan penyerapan fosforus. Terdapat dua jenis dedak padi, iaitu dedak padi biasa yang mengandungi 8% lemak dan dedak padi dinyahlemak dengan 1 – 2 % lemak. |