Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon copysalinan karbon; salinan kepadaPentadbiran PerniagaanTiada1. Salinan karbon: Salinan yang didapati daripada kertas karbon. 2. Salinan kepada: Salinan surat asal.
blind carbon copysalinan karbon terlindung/salinan karbon tertutupPentadbiran PerniagaanTiadaSalinan karbon yang dihantar tanpa pengetahuan penerima surat asal.
workprinttera kerjaKomunikasiTiadaSalinan filem yang digunakan oleh penyunting daripada bahan asal dan akan disunting untuk mendapatkan salinan yang lebih terperinci. Salinan ini dikenali juga sebagai salinan suntingan.
checking copysalinan buktiKomunikasiKorporatSalinan iklan yang telah tersiar atau diterbitkan sebagai bukti pengesahan pelaksanaan akaun. Salinan ini diserahkan oleh pihak penerbitan majalah, akhbar dan sebagainya kepada agensi pengiklanan untuk mendapat perakuan dan pengesahan daripada pihak agensi pengiklanan, bahawa tanggungjawab penerbitan seperti yang diarahkan telah pun dilaksanakan. Selain salinan tersebut, disertakan juga maklumat mengenai nama, tarikh, masa, dan halaman atau kedudukan ruang dalam siaran atau penerbitan. Sesetengah agensi atau syarikat hanya membuat pembayaran iklan setelah salinan bukti siaran dan penerbitan diserahkan oleh pengiklan. Selain itu, salinan bukti juga disimpan sebagai dokumen rujukan untuk keperluan perancangan strategik pemasaran pada masa akan datang. Bukti ini perlu bagi memastikan proses pembayaran upah dapat dilakukan.
trisomytrisomiSains ForensikTiadaKetaknormalan genetik pada individu yang mempunyai tiga salinan kromosom berbanding dua salinan yang lazim pada suatu kromosom. Contohnya, individu XXY. Dalam elektroferogram, puncak bagi Y akan menjadi lebih besar berbanding puncak X dalam nisbah 2:1 dan keadaan ini boleh mengelirukan penaksiran data DNA forensik yang menyangka bahawa sumber DNA ini adalah satu campuran daripada individu yang berbeza. Semakan terhadap lokus heterogizot lain yang menunjukkan puncak dengan nisbah 1:1 adalah pengesahan bahawa profil ini tidak bercampur dengan DNA lain.
user documentationdokumentasi penggunaTeknologi MaklumatTiadaPanduan dalam bentuk bertulis atau visual yang lain mengenai sistem aplikasi seperti cara menggunakan, cara memasang, keperluan sistem komputer dan perisian. Lazimnya dokumentasi pengguna disediakan dalam bentuk bercetak (salinan keras), salinan lembut (dalam CD-ROM) dan/atau boleh dicapai menerusi Internet. Salinan lembut pula mungkin dalam bentuk dokumen HTML, PDF, Microsoft Word atau fail teks sahaja.
master recordingrakaman indukKomunikasiTiadaRakaman asal sesuatu rancangan radio atau televisyen. Rakaman ini akan dibuat beberapa salinan lain sebagai bahan salinan. Lihat juga: naskhah induk.
documentationdokumentasiHerbaTiadaKaedah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat bahan dan sediaan herba yang dirakam dalam salinan keras dan salinan lembut. Dokumentasi ini merupakan komponen penting dalam prosedur pengendalian piawai (SOP), Amalan Makmal Baik (GLP), Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP), Amalan Pengilangan Baik (APB) dan Amalan Klinikal Baik (GCP).
outputoutputTeknologi MaklumatTiadaHasil pemprosesan komputer yang dikeluarkan dari unit sistem. Output dikeluarkan dalam bentuk salinan lembut atau keras. Output salinan lembut seperti fail digital, isyarat analog/digital atau divisualkan pada peranti paparan. Output salinan keras adalah seperti cetakan kertas, plastik atau dinding. Banding input.
copy filmsalinan filemKomunikasiTiadaSalinan yang dibuat daripada filem asal yang berbentuk positif.
12345678910...

Kembali ke atas