mutual suspicion | saling curiga | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perihal hubungan antara dua atur cara yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Setiap atur cara sentiasa menganggap atur cara lain sentiasa berusaha melakukan hasad atau mengandungi kecacatan. Setiap atur cara memberikan capaian terhadap kepada antara muka sistem masing-masing. |
complementary gene | gen saling lengkap | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Gen yang berbeza, tetapi menyumbang kepada satu sifat yang sama. Gen tersebut saling melengkapi dan harus muncul bersama. Ketiadaan satu gen akan menyebabkan sifat yang disumbangkan tidak akan muncul. |
church-state relations | hubungan agama-negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hubungan saling berkait antara agama dengan urusan kenegaraan. Hubungan saling berkait ini mula berkembang di Eropah pada akhir abad ke-16 apabila agama atau gereja menjadi semakin mantap di kalangan masyarakat Eropah, khususnya di kebanyakan wilayah bekas takluk empayar Roman. Gereja melalui Pope, iaitu ketua agama Kristian mendakwa bahawa dia merupakan wakil tuhan di muka bumi. Beliau juga mengetahui semua perkara yang terbaik untuk masyarakat. Dengan itu, Pope mempunyai hak untuk turut terlibat dalam pemerintahan. Dalam hal ini, pihak gereja cuba untuk mempengaruhi pemikiran rakyat bahawa agama dan negara merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan. Justeru, agama perlu diberi peranan yang penting dalam menentukan hala tuju pengurusan negara. Pemikiran ini telah menimbulkan konflik di antara gereja dengan institusi negara yang bersifat monarki. Hal ini telah menimbulkan perdebatan antara mereka berhubung dengan bentuk hubungan agama negara yang sepatutnya dipraktikkan. |
electron paramagnetic resonance | resonans paramagnet elektron | Kimia | Kimia Analisis | Kaedah analisis spektroskopi yang berdasarkan saling tindak magnet di antara elektron dan spin nukelus suatu molekul. Saling tindak ini dikenali sebagai penggandingan hiperhalus dan merupakan ukuran ketumpatan spin elektron pada nukelus itu. Analisis keamatan dan pemisahan frekuensi bagi peralihan itu digunakan bagi menentukan tabii spesies paramagnet itu. Kaedah ini digunakan untuk mengkaji radikal bebas, semikonduktor, unsur peralihan dan struktur yang melibatkan elektron tak berpasangan. Kaedah ini juga dikenali sebagai resonans spin elektron. |
catenane | katenana | Fizik | Nanoteknologi | Molekul yang mengandungi dua atau lebih gelang yang saling mengunci. Molekul ini berukuran 0.5 nm panjang dan 1 nm lebar dan berfungsi sebagai suis nano. Gelang saling mengunci ini tidak dapat dipisahkan tanpa memecahkan ikatan kovalen makrokitar. |
mutual authentication | saling pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya. |
role reversal | saling ganti peranan | Sains Kesihatan | Tiada | Teknik terapi yang melibatkan ahli patologi pertuturan berperanan sebagai pesakit dan pesakit pula berperanan sebagai pakar terapi. |
functional interoperability | saling kendali fungsian | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Keupayaan sistem teknologi maklumat, produk dan aplikasi perisian yang berbeza untuk berkomunikasi, bertukar data dan menggunakan data yang telah ditukar ganti. Skema dan piawaian pertukaran data tersebut membenarkan data dikongsi dalam kalangan pakar perubatan, makmal, hospital, farmasi dan pesakit pada masa kini atau masa hadapan tanpa sebarang sekatan. |
nuclear interaction | saling tindak nukleus | Kejuruteraan | Tiada | Sistem daya tukaran dalam nukleus yang menyebabkan nukleus tersebut bersatu. |
nuclear interaction | saling tindak nukleus | Kimia | Tiada | Tiada |