Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salleh

Puisi
 

Cik Salleh memancing udang,
     Udang dipancing dalam perahu;
Pilih memilih bawa tukang,
     Baru kenal sutera belacu.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
supernatural legendslegenda adikodratiKesusasteraanTiadaCerita-cerita legenda yang banyak memaparkan kuasa-kuasa sakti dan ghaib. Contoh: Kiyai Salleh di Batu Pahat pada zaman Bintang Tiga, Ahmad Indera di Bukit Kepong dan Manap Jepun di Pahang.
metacriticismmetakritikanKesusasteraanTiadaWacana kritikan yang meneliti prinsip, asas, dan kaedah kritikan sastera. Contohnya, penulisan teori yang mengetengahkan fungsi kritikan seperti dalam buku The Anatomy of Criticism hyang ditulis oleh Northrop Frye, manakala buku Medan-medan dalam Sistem Persuratan Melayu oleh Mohd. Affandi Hassan pula mempersoalkan gagasan dalam buku Puitika Melayu oleh SN Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh.
art musicmuzik seniMuzikTiada

 Muzik yang dicipta oleh komposer tertentu dan berasaskan idiom serta teknik karya muzik klasik Barat pada abad ke-20. Muzik seni ini menggabungkan ciri, konsep dan alat muzik Barat serta bukan Barat. Di Malaysia, muzik seni mengikut sistem notasi Barat dan dimulakan oleh pemain muzik Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1960-an dan tahun 1970-an seperti Alfonso Soliano, Gus Steyn dan Johari Salleh. Sinonim muzik seriosa.

myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kr
ethopoeticsetnopuitikaKesusasteraanTiadaPerihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Pui

Kembali ke atas