Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1. salur; 2. ki jalan (perantaraan, cara, dsb) utk melakukan sesuatu: kerajaan boleh digulingkan menerusi ~ perlembagaan; segala bantahan hendaklah disampaikan melalui ~-~ tertentu; 3. jalur frekuensi media elektronik (radio, televisyen dsb) yg berfungsi utk menyiarkan sesuatu rancangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lu.ran] | سالورن

Definisi : 1 sesuatu (spt paip) yg digunakan utk mengalirkan benda-benda cair; pembuluh. 2 jalan atau cara melakukan sesuatu yg betul atau mengikut peraturan: Sebarang aduan hendaklah disampaikan menerusi ~-~ tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salur
Kata Terbitan : saluran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
covert channelsaluran terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data.
exploitable channelsaluran tereksploitasiTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran yang boleh digunakan oleh pengguna hasad untuk mencapai sesebuah rangkaian. Contohnya, saluran capaian Internet melalui talian telefon boleh menjadi saluran tereksploitasi melepasi tembok api.
urethritisuretritisHerbaFitoterapiKeradangan saluran uretra, iaitu saluran yang membawa urin keluar dari pundi kencing ke luar badan.
underground property damagekerosakan harta bawah tanahinsuransTiadaKerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan.
airway clearanceklearans saluran udaraKejururawatanTiadaPembersihan saluran udara yang bebas daripada sebarang halangan, contohnya halangan oleh benda asing dan mukus.
covert timing channelsaluran pemasaan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses perubahan suatu butir data pada jurang masa tertentu untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Siaran isyarat ini boleh digunakan semula untuk membentuk mesej rahsia. Contohnya, perisian pelayan komputer sasaran menambah atau membuang titik noktah pada mesej log masuk. Sekiranya wujud noktah, hal ini menunjukkan binari 1, sekiranya tiada, maka hal ini menunjukkan binari 0. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, noktah ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
covert storage channelsaluran storan terselindungTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSaluran rahsia yang menggunakan proses penguncian fail, iaitu hasil daripada pengubahsuaian fail untuk menyiarkan isyarat 1 atau 0. Perisian pelayan pada komputer sumber akan menyiarkan binari 1 dengan mengunci fail dan menyiarkan binari 0 dengan melepaskan kekunci fail. Apabila perubahan ini dilakukan berulang kali, fail ini boleh digunakan untuk menyiarkan mesej rahsia yang panjang.
manifoldpancaronggaKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen yang mempunyai beberapa saluran mengikut bilang- an liang pada kepala silinder. Terdapat dua jenis pancarongga, iaitu pancarongga pengambilan dan pancarongga ekzos. Pancarongga pengambilan menyediakan saluran masuk bagi udara atau campuran udara-bahan api ke liang pengambilan pada kepala silinder. Pancarongga ekzos pula menyediakan saluran keluar bagi gas ekzos dari liang ekzos ke sistem ekzos kenderaan.
ductsaluranKesenianHiasan DalamanTiub atau pembuluh yang digunakan sebagai penyalur cecair atau udara. Tiub mekanikal ini biasanya disembunyikan di dalam ruang siling. Saluran juga boleh didedahkan sebagai suatu unsur reka bentuk yang menarik menggunakan kemasan yang sesuai, seperti cat atau kayu.
manufacturing line extensionpemanjangan saluran pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranPenambahbaikan operasi atau sistem dalam pembuatan produk untuk meningkatkan pengeluaran atau kualiti produk. Pemanjangan saluran pengilangan memerlukan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
12345678910

Kembali ke atas