diffusion coating | salutan baur | Kejuruteraan | Tiada | Salutan yang terhasil pada suhu tinggi dengan cara pembauran di antara bahan salut atau komposit dengan logam induk. |
antiseize compound | sebatian antirekat | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Salutan yang diletakkan pada pengikat berbenang yang bertujuan untuk mengelakkan pengikat tersebut rosak akibat kakisan dan rekatan. Unsur salutan ini terdiri daripada campuran gris. Contoh sebatian antirekat ialah molibdenum disulfida (MOS). |
gold�coated | salutan�emas� | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Proses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan. |
weather resistant coating | salutan kalis cuaca | Buluh | Tiada | Bahan penyalut yang berfungsi untuk melindungi sesuatu permukaan daripada kesan cuaca. |
water resistant coating | salutan kalis air | Buluh | Tiada | Bahan penyalut yang berfungsi melindungi sesuatu permukaan daripada air. |
self-cleaning window | tingkap swacuci | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan tingkap kaca yang disaluti filem tipis nanozarah titanium dioksida yang tidak memerlukan bahan pencuci untuk membersihkannya. Salutan zarah titanium dioksida mempunyai dua sifat. Pertama, zarah ini menyerap sinaran ultralembayung daripada cahaya matahari yang memberi kesan fotomangkinan untuk memecahkan kotoran bahan organik. Kedua, salutan tersebut menjadikan permukaan kaca bersifat hidrofilik. Titisan curahan air yang jatuh ke atas permukaan tersebut akan bergabung sambil menarik kotoran jatuh ke bawah. Tingkap seperti ini menjimatkan kos pencucian tingkap bangunan tinggi, di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar akibat penggunaan bahan pencuci. |
polimer resin | resin polimer | - | Tiada | Bahan kimia yang digunakan untuk proses salutan UV pada bahan cetak. |
glace | gerlis | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan kimia khas yang digunakan pada alatan, seperti seramik, pintu atau tingkap untuk membentuk lapisan atau salutan permukaan supaya berkilat seperti kaca. |
variable pressure scanning electron microscopy (VPSEM) | mikroskopi elektron pengimbasan tekanan berubah (VPSEM) | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan imej beresolusi tinggi yang berasaskan tekanan yang tinggi dan membolehkan sampel tanpa salutan konduksian dapat dianalisis |