Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama berat

Puisi
 

Tinggal empat gunung berapi,
     Ambil yang ada di hujung jungkar;
Sudah mendapat kenangan di hati,
     Sama berat susah nak nanggar.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Diuji sama merah,
     ditahil (= dikati) sama berat.

Bermaksud :

Sudah sepadan benar.

 

Lihat selanjutnya...(14)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
relative densityketumpatan relatifPerhutananTiadaNisbah berat keringan ketuhar sampel terhadap berat isi padu air yang sama dengan sampel pada takat lembapan tertentu, seperti keringan udara, keringan ketuhar dan keringan basah.
specific gravity of preservativegraviti spesik pengawetPerhutananTiadaNisbah berat pengawet yang mempunyai isi padu tertentu berbanding dengan berat air yang mempunyai isi padu yang sama, pada suhu dan tekanan piawai.
specific gravitygraviti tentuPertanianTiadaBerat relatif sesuatu bahan bagi sesuatu isi padu, tidak termasuk isi padu ruang liang, dibandingkan dengan berat air suling pada isi padu yang sama dan pada suhu tertentu.
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.
perbilanganperbilanganKesusasteraanTiadaBentuk puisi tradisional seperti peribahasa yang melahirkan kata-kata yang boleh diterima sebagai peraturan undang-undang atau nasihat yang boleh dijadikan panduan. Perbilangan biasanya mempunyai dua, tiga atau lebih banyak perenggan. Setiap barisnya menurunkan satu persatu perkara yang berkaitan dengan nasihat dan pengajaran. Perbilangan biasanya menjadi bahagian penting dalam kata-kata adat dan diterima sebagai undang-undang. Baris-baris perbilangan sering dimasukkan dalam undang-undang adat perpatih. Contohnya adalah seperti yang berikut: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Faham sesuai, benar seukur. Bulat segolek, pipih selayang. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Perbilangan dikenali juga sebagai bidalan atau pepatah. Lihat juga teromba.
green densityketumpatan basahPerhutananTiadaJisim kayu bedasarkan berat kayu basah per isi padu kayu yang disukat pada keadaan yang sama.
air dry densityketumpatan kering udaraPerhutananTiadaJisim kayu berdasarkan berat keringan udara per unit isi padu kayu yang disalut pada keadaan yang sama.
flywheelroda tenagaKejuruteraan AutomotifEnjinSekeping plat bulat berbentuk roda yang diperbuat daripada logam yang berat dan dipasang pada aci engkol bagi kenderaan bertransmisi manual atau kenderaan transgandar. Roda tenaga berputar bersama-sama aci engkol untuk melicinkan putaran tersebut akibat pusuan kuasa semasa lejang kuasa. Roda tenaga berfungsi untuk memindahkan kuasa kepada cekam atau penukar kilasan dan boleh berperanan sebagai sebahagian daripada sistem cekam.
railsusurKesenianHiasan DalamanBahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu.
civil rightshak awamSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan.

Kembali ke atas