describe | memerihal;perihal (kan) | Sejarah | Tiada | Perbuatan memerikan, menggambarkan atau menjelaskan sesuatu sama ada orang atau benda atau hal untuk mudah difahami. |
typology | tipologi | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah menyusun dan mengklasifikasi kan artifak berdasarkan ciri fizikal, meterial, bahagian dan jenis artifak. Tujuannya untuk memudahkan analisis bentuk, penzamanan, fungsi dan kronologi. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat menilai hubungan sama ada data arkeologi tersebut mempunyai konteks hubungan dengan dunia luar melalui perdaganagan atau berkembang secara setempat. Melalui tripologi juga, artifak yang pecah dapat direkonstruksi melalui pengasingan mengikut bahagian. Sinonim penjenisan. |
masquerading host | hos penyamaran | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancar -kan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran. |
phellogen | felogen | Botani | Tiada | Kambium sisi yang terletak di sebelah luar kambium vaskular pada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium ini bermula daripada sel-sel hidup yang matang sama ada daripada tisu epidermis atau bahagian korteks yang berubah menjadi meristem. Sel-sel felogen biasanya berbentuk poligon dan hampir-hampir berbentuk isodiametrik. Felogen juga menghasil- kan felem ke arah luar dan feloderma ke arah dalam dalam pada paksi batang atau akar tumbuhan. Sinonim kambium gabus. |
nang kalun | nang kalun | Muzik | Tiada | Wayang kulit Kemboja yang berasaskan cerita epik Reamker atau Ramayana dan Jataka tentang kehidupan dan falsafah Buddha. Wayang ini menggunakan patung kecil yang dimainkan oleh seorang dalang. Teknik bermain wayang ini sama dengan teknik bermain nang talung di Thailand. Teater ini juga dinamai ayang yang berasal daripada perkataan wayang. Sinonim nang sbek touch, ayang. Lihat juga nang tailing,
|