cold core low | tekanan rendah teras sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Sama dengan tekanan rendah sejuk. |
cold low | tekanan rendah sejuk | Sains | Hidrometeorologi | Sebarang tekanan rendah, pada aras tertentu di atmosfera, yang umumnya dicirikan oleh udara yang lebih sejuk berdekatan dengan pusatnya berbanding dengan di sekitar sempadan; berlawanan dengan tekanan tinggi panas. Fenomena tekanan rendah sejuk yang ketara ialah tekanan rendah terpisah yang dicirikan oleh kumpulan udara sejuk yang sama sekali terasing di dalam vorteksnya. Keamatan siklon tekanan rendah sejuk bertambah dengan ketinggian mengikut persamaan angin terma. |
clear | pukul tedas | Sukan | Tiada | Pukulan yang menggerakkan bulu tangkis pantas, sama ada rendah atau tinggi supaya berada jauh di belakang lawan. Sinonim : slow drop [pukul junam perlahan] |
slow drop | pukul junam perlahan | Sukan | Tiada | Pukulan yang menggerakkan bulu tangkis pantas, sama ada rendah atau tinggi supaya berada jauh di belakang lawan. |
inverted relief | relief songsang | Geografi | Tiada | Sebuah pandang darat yang menunjukkan kesan gondolan yang lama, di mana strata lipatan atas sama tinggi dengan tanah rendah, dan sinklin sama tinggi dengan tanah tinggi. |
inferiority complex | kompleks rendah diri | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri. |
run of the house | kadar rak purata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar istimewa untuk kumpulan yang lebih rendah dan sama rata harganya daripada kadar rak dengan harga tunggal bagi mana-mana bilik kecuali bilik termewah. |
run of the house rate | kadar rak purata | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar istimewa untuk kumpulan yang lebih rendah dan sama rata harganya daripada kadar rak dengan harga tunggal bagi mana-mana bilik kecuali bilik termewah. |
double bottom | paras terendah berganda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Paras terendah berganda: Pola carta dalam analisis teknikal yang menunjukkan bahawa harga sekuriti telah jatuh ke paras paling rendah kemudian naik dan jatuh semula ke paras rendah yang sama sebelum naik semula. Bentuk ini menandakan bahawa arah aliran menaik akan bermula. |
vendaval | vendaval | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin ribut barat daya di pantai Selatan Mediteranean dan di Selat Gibraltar. Angin ini berlalu bersama-sama tekanan rendah dari barat pada akhir musim bunga, musim sejuk atau awal musim gugur, dan disertai ribut petir dan badai. |