half rhyme/oblique rhyme | rima sumbang | Kesusasteraan | Puisi | 1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga. |
cubic centimenter (cc) | sentimeter padu (cm�) | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Unit isi padu dalam sistem metrik. 1 sentimeter padu (1 cm�) sama dengan 0.061 in�. Unit ini digunakan untuk mengukur keupayaan enjin. |
confined electron | elektron terkurung | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan elektron yang terkurung di dalam perigi keupayaan berdimensi 0, 1, 2 atau 3 dengan saiz dari 1 nm - 100 nm. Jika saiz dimensi ini sama atau lebih kecil daripada jejari eksiton, sekitar 10 nm, elektron ini akan mengisi aras tenaga yang diskret. Contohnya, elektron yang terkurung di dalam bintik kuantum, nanotiub, nanowayar, dan nanorod. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
overlapping insurance | insurans bertindan | insurans | Tiada | 1. Dua polisi/insurer atau lebih memberi perlindungan sama untuk risiko tertentu. 2. lih. insurans serentak. |
filler | pengisi | Kimia | Tiada | 1. Pengisi: Bahan pepejal lengai, lazimnya tak organik, yang ditambah ke dalam resin sintetik, sama ada bertujuan ekonomi atau untuk mengubah suai sifatnya. |
radian | radian | Sains Sukan | Biomekanik | Sudut yang terbentuk apabila panjang lengkuk adalah sama dengan panjang jejari. Nilai 1 radian = 57.3� atau p radian = 180�. |
portfolio reinsurance | reinsurans portfolio | insurans | Tiada | 1. Pemindahan portfolio seseorang insured melalui sisen reinsurans. 2. Reinsurans yang reinsurer akan menanggung peratusan daripada keseluruhan perniagaan syarikat mengesid sama ada untuk kelas tertentu atau kesemua kelas. |
detection limit | had pengesanan | Kimia | Kimia Analisis | 1. Kepekatan atau kuantiti minimum yang dapat dikesan dengan 95% ketentuannya. Yakni kuantiti atau kepekatan yang memberikan bacaan sama dengan dua kali sisihan piawai satu siri pengukuran sekurang-kurangnya 10 kali. 2. Kepekatan minimum untuk menghasilkan magnitud isyarat sebanyak dua kali isyarat bisingan. |
Vernam cipher | sifer Vernam | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah penyulitan sifer alir yang menggunakan kaedah yang sama dengan pad sekali guna. Kaedah ini dicipta oleh Gilbert S. Vernam dari Syarikat AT & T bertujuan untuk penyulitan data pada sistem komputer pita tebuk. Suatu rentetan nombor rawak dijana mengikut panjang aksara mesej yang ingin disulitkan. Setiap aksara dalam mesej berkenaan akan diwakilkan dengan nombor. Contohnya, A=0, B=1, C=2 hingga Z=25. Bagi setiap aksara, nilai perwakialan nombornya akan ditambahkan dengan nombor rawak yang dijanakan untuk kedudukan yang sama dalam mesej dan kemudiannya dimodulus 26. Seterusnya, hasil tersebut akan ditukarkan ke bentuk abjad dengan menyongsangkan kaedah perwakilan nombor. Contohnya, 0=A, 1=B, 2=C hingga 25=Z. Proses yang sama akan berulangan sehingga keseluruhan mesej disulitkan. |