twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
twilight state | keadaan samar-samar | Perubatan | Psikiatri | Keadaan tahap kesedaran yang bercampur aduk dengan halusinasi. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika. |
catfish | samar persona | Kriminologi | Tiada | Tiada |
disguise | samar | Kesusasteraan | Tiada | Unsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya. |
disguise | samar | Sejarah | Tiada | Perbuatan menyamarkan diri atau rupa untuk memperdayakan orang lain supaya tidak dikenali. |
catfish | samar persona | Kriminologi | Tiada | Penipuan yang menggunakan persona fiksyen atau identiti palsu dalam perkhidmatan rangkaian sosial. |
grey economy | ekonomi samar | Ekonomi | Tiada | Sektor ekonomi yang tidak diawasi serta tidak dikenakan cukai oleh kerajaan. |
writerly | cabar baca | Kesusasteraan | Tiada | Sifat teks yang sukar difahami oleh pembaca. Kesukaran ini disebabkan oleh elemen linguistik di dalamnya yang menyebabkan struktur serta maknanya menjadi tersirat. Dalam hal ini, bahasa menjadi perantara yang membentuk realiti supaya lebih kompleks dan samar. Kini, pembaca lebih sedar akan elemen linguistik yang memainkan peranan aktif dalam membina makna teks. Karya atau teks jenis ini berkembang dalam era pascamoden pada abad ke-20. Contoh karya cabar baca ialah Finnegans Wake oleh James Joyce. Istilah cabar baca digunakan untuk membezakannya dengan teks yang disebut mesra baca. Lihat juga mesra baca. |
quatrain | kuatrin | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang terdiri daripada empat baris dalah satu rangkap, biasanya berpola rima a,b,c,d. Kadang-kadang pola rimanya dalam bentuk a,b,a,a; a,a,b,b; a,b,b,a, dan a,a,b,a. Kuatrin banyak digunakan dalam puisi Eropah dan biasanya puisi panjang dalam bentuk naratif. Kuatrin terangkum dalam dua komponen oktaf soneta. Contoh dalam sajak Inggeris oleh Ogden Nash seperti yang berikut: Sure, deck your lower limbs in pants, Yours are the limbs, my sweeting, You look divine as you advance, Have you seen your self retreating? Contoh sayak Melayu oleh M. Ali Hasymy adalah seperti yang berikut: Lihat Tuan, biduk hayatku, Dihempas gelora segara dunia, Hanyut tiada bertentu tuju, Berlayar entah ke mana-mana, Ke mana kudayung bahtera hidupku, Laut dunia besar ombaknya, Ke mana daku mengarah tuju, Tanah tepi samar tampaknya. |