Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
water, brackish syn. water, salineair payauHidrologiTiadaAir yang kandungan garamnya jelas lebih rendah dari kandungan garam air laut. Kepekatan TDS biasanya bernilai antara 1,000 sampai 10,000 mg/l.
interflowaliran antaraGeografiTiada1. Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan tersebut sebagai aliran bawah permukaan.,2. Aliran air dari zon tepu berkala yang bergerak melalui bahagian atas strata suatu bentukan dengan kadar yang lebih tinggi daripada rembesan aliran dasar biasa.
interflowaliran antaraKejuruteraanTiada1. Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan tersebut sebagai aliran bawah permukaan.
linerpelapikKejuruteraanPetroleum1) Sebarang rentetan selongsong yang bahagian atasnya tidak sampai ke permukaan, iaitu bahagian atasnya terpasang di subpermukaan. 2) Selongsong bergaris pusat yang lebih kecil yang tergantung di hujung bawah selongsong lain yang mempunyai garis pusat yang lebih besar. Mampu bertindak sebagai rentetan minyak atau rentetan pengeluaran yang menghubungkan zon pengeluaran kepada selongsong sebelumnya. 3) Sekeping logam tipis berbentuk kerucut yang terdapat pada cas tetuang yang merupakan bahagian cas tetuang. Berguna untuk meningkatkan kecekapan cas dengan cara menambah keupayaan penembusan jet yang terbentuk.
gridgrid; kekisiPerubatanTiada1. Peranti untuk menghalang seberapa banyak mungkin radiasi terserak dari sampai ke filem sinaran-x semasa pengambilan radiograf.
skylightjendela langit;cahaya langitMatematikTiada1. Cahaya langit: Sinaran suria yang sampai ke permukaan bumi setelah diserakkan daripada alur cahaya suria oleh molekul atau suspensoid di atmosfera. Diffuse sky radiation.
interflow syn. flow, prompt subsurfacealiran antaraHidrologiTiada(1) Bahagian kerpasan yang tidak turun sampai ke muka air tanah tetapi diluahkan ke alur sungai dari kawasan itu sebagai aliran bawah permukaan. (CID) (2) Aliran air dari zon tepu berkala. Aliran ini bergerak melalui bahagian atas strata suatu bentukan dengan kadar yang lebih tinggi dari rembesan aliran dasar biasa. (REB)
interceptionpencegatanHidrologiTiada(1) Proses penangkapan dan penahanan kerpasan oleh tumbuhan atau struktur dan kerpasan itu kemudiannya tersejat tanpa sampai ke bumi. (CID)
day ratekadar harianPentadbiran PerniagaanTiada1. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel pada waktu siang sahaja.,2. Kadar bayaran untuk tetamu yang menginap di hotel tidak sampai satu malam, biasanya tetamu mendaftar masuk dan keluar hotel pada hari yang sama.
air dischargeluahan udaraSainsHidrometeorologi1. Suatu bentuk luahan kilat yang mempunyai sifat antara luahan awan dan luahan awan ketanah. Dalam luahan udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke tanah, tetapi hanya berjaya untuk meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Luahan seumpama ini merambat hampir keseluruhannya melalui proses perintis bertingkat bersama beberapa penahan perintis, tetapi tidak pernah menunjukkan fenomena penahan balik yang khusus kepada luahan awan ke tanah kerana pusat cas yang terlibat dalam kes tersebut tidak terdapat di dalam kawasan kekonduksian yang paling tinggi. Luahan udara lebih selalu terdapat di kawasan gersang kerana dasar awan tinggi biasanya berlaku di kawasan tersebut dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus luahan titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan sub-awan. 2. Suatu jenis luahan elektrik bauran yang dilaporkan terdapat di kawasan atas dari ribut petir yang aktif.
12

Kembali ke atas