Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pel] | سامڤل

Definisi : bahagian (bilangan, kumpulan, dsb) yg kecil yg mewakili bahagian dsb yg jauh lebih besar (biasanya dijadikan contoh utk penelitian, kajian, dsb), contoh: Wan Hashim memilih nelayan Dinding di Pulau Pangkor sbg ~ kajian kerana beberapa sebab; pensampelan proses memilih sampel secara rawak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pel] | سامڤل

Definisi : barang-barang yg ditunjukkan sbg contoh; contoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sampel
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :contoh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gold�coatedsalutan�emas�NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanProses penyaduran/endapan lapisan tipis emas pada permukaan sampel dengan menggunakan kaedah penyaduran kimia atau penyaduran elektrokimia bagi meningkatkan kadar kekonduksian sampel. Sampel akan diletakkan diatas logam seperti tembaga atau perak sebelum proses penyaduran dilakukan.
nebulization efficiencykecekapan penebulaanKimiaKimia AnalisisNisbah amaun sampel yang sampel ke pengatom terhadap amaun sampel yang sampai ke penebula.
cryoscopykekrioskopan/krioskopiNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan berat atau kepekatan sesuatu molekul dalam sampel biologi (contoh sampel darah, air kencing, tumbuhan, dan sebagainya) dengan melarutkan sampel dan kemudian mengukur takat beku larutan.
scanning capacitance microscope (SCAM)mikroskop kapasitans pengimbasan (SCAM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanSejenis pengimbas kuar mikroskop (SPM) yang menggunakan kuar elektrod untuk menganalisis sampel dengan cara meletakkan kuar elektrod bersentuhan atau berdekatan dengan permukaan sampel. Maklumat sampel diperoleh melalui perubahan elektrostatik kapasitans di antara permukaan kuar elektrod.
cryo scanning electron microscopemikroskop elektron pengimbasan krioNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk pengimejan morfologi permukaan sampel yang mengandungi kelembapan tanpa menyebabkan sampel tersebut kering. Contoh sampel ialah tisu dan darah manusia.
emanation thermal analysis (ETA)analisis terma emanasi (ETA)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk mengkaji struktur sampel pepejal dengan mengukur pelepasan gas lengai dari sampel tersebut. Contoh sampel ialah seramik.
reference samplesampel rujukanHerbaPeraturan dan PemasaranProduk akhir herba yang dihantar untuk pengujian makmal bagi tujuan pendaftaran produk. Sampel tersebut diperoleh dari premis pengilang yang dinyatakan dalam permohonan pendaftaran. Sampel yang dihantar hendaklah bertarikh luput sekurang-kurangnya setahun dari tarikh penghantaran dan mempunyai nombor kelompok yang sama.
cross sectionkeratan rentasNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanPotongan lurus sampel pada sudut tepat ke paksi. Keratan rentas sampel disediakan dengan menggunakan mikrotom yang berfungsi sebagai pemotong sampel bersaiz ultranipis.
atomic absorption spectroscopyspektroskopi serapan atomNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah analitikal menggunakan serapan cahaya untuk mengukur kepekatan unsur seperti kromium, plumbum dan arsenik dalam sampel cecair atau pepejal. Sampel perlu ditukar dari bentuk cecair atau pepejal kepada bentuk wap bagi membolehkan analisis dilaksanakan.
bootstrappingtarikan rawak bergantianBioinformatikBioinformatik MolekulTeknik persampelan semula secara rawak ke atas sampel yang bersaiz sama dalam satu populasi untuk menguji kebolehpercayaan terhadap nilai atau corak data. Dalam kaedah ini, sampel ditarik keluar daripada populasi dan diuji supaya nilai atau corak yang konsensus bagi kesemua sampel yang diuji bagi mewakili populasi yang diuji.
12345678910...

Kembali ke atas