marine snow | salji samudera | Sains Marin | Tiada | Agregat yang rapuh atau lemah hasil daripada pengumpulan atau gabungan molekul terlarut atau daripada degradasi berbagai-bagai jenis bahan organik seperti zooplankton dan fitoplankton yang mati, protista, bahan najis, serta zarah bukan organik seperti pasir dan habuk. Salji samudera juga kaya dengan berbagai-bagai jenis mikroorganisma dan salji ini yang jatuh secara berterusan akan menjadi sumber tenaga utama kepada ekosistem laut dalam. |
internal rhyme | rima dalaman | Kesusasteraan | Puisi | Rima yang terdapat pada diksi yang terletak antara dua ataupun lebih diksi dalam sesuatu baris sesebuah puisi itu. Contohnya, puisi "Yang Tumpah Yang Mengalir", dalam kumpulan Warna Maya karya Dharmawijaya seperti baris di bawah. "bahawa para nelayan berimbang gelora di samudera" |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |