Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : 1. = persandaran, penyandar tempat bersandar atau utk menyandarkan sesuatu: akhirnya orang muda itu me­ngampai ke ~ kerusinya; 2. bantuan, sokong-an: mereka berdoa memohon ~ drpd Tuhan; ini semua hanya prasangka buruk dan tidak mempunyai ~ sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : 1 pertolongan; bantuan; sokongan. 2 barang yg dijadi­kan tanggungan hutang; barang gadai. 3 ist sumber (yg mengandungi salinan fail utama) yg boleh digunakan utk menggantikan sumber utama yg gagal beroperasi atau terhapus dlm sistem komputer. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[san.da.ran] | ساندرن

Definisi : 1 = penyandar tempat ber­­sandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawa­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sandaran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bracketsandaran seni peningkapan sandaranKesenianHiasan DalamanStruktur mudah berbentuk L terbalik bersudut 90 darjah tepat (tegak). Di sebelah yang menegak dilekatkan pada permukaan yang menegak, manakala bahagian yang melintang akan menyokong atau membawa beban di atasnya. Pada sesetengah sandaran dibentuk pelbagai dekoratif yang menarik.
backup schemeskema sandaranTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSkema yang digunakan bagi menyediakan sandaran sekiranya berlaku kerosakan pada sistem yang sedia ada.
cold sitetapak sejukTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan yang minimum berbanding tapak asal. Tapak ini bukan sahaja tidak mengandungi salinan data dan maklumat sandaran tetapi juga tidak mengandungi perkakasan dan sistem rangkaian yang sedia beroperasi. Hal ini menjadikan kos penyediaan tapak sejuk adalah lebih murah berbanding kos penyediaan tapak panas bagi sesebuah organisasi. Kekurangan kelengkapan dalam tapak sejuk menyebabkan tapak ini memerlukan masa yang agak lama untuk beroperasi pada kapasiti yang sebenar jika berlaku sebarang gangguan pada tapak asal. Kelewatan ini berlaku kerana sesebuah organisasi yang terlibat perlu menyediakan prasarana pengkomputeran seperti perkakasan rangkaian komputer dan pita sandaran. Banding tapak panas.
collateral securitysandaran pinjamanPenilaian Harta TanahTiadaTiada
backup deviceperanti sandaranSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeranti yang tersedia sekiranya peranti utama gagal berfungsi.
hot sitetapak panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerTapak sandaran yang mempunyai kelengkapan sistem rangkaian komputer yang sama dengan tapak asal bagi sesebuah organisasi.
retrovirusretrovirusTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerVirus yang memastikan semua media sandaran bagi data yang dijangkiti juga dijangkiti dengan virus berkenaan. Pemilik data tidak bole memulihkan maklumatnya kerana semua salinan telahpun dijangkiti dengan virus yang sama.
hot standbysiap sedia panasTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerihal menyediakan keupayaan sandaran atas talian dengan memasang sistem replika yang mengandungi semua aktiviti dan aliran data sistem komputer asal. Sistem replika ini bersedia mengambil alih semua fungsi sistem asal sekiranya berlaku kerosakan yang tidak dijangkakan.
uninterruptible power supply (UPS)bekalan kuasa tak tergangguSains NuklearKejuruteraan ReaktorPeranti sandaran yang membekalkan kuasa elektrik apabila bekalan kuasa normal terputus.
USB flash drivepemacu kilat USBTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPeranti storan data yang mengandungi ingatan kilat antara muka USB bersepadu. Peranti ini digunakan sebagai storan dan sandaran data, serta pindahan data daripada fail komputer ke komputer yang lain. Pemacu kilat USB lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja.
12

Kembali ke atas