urban poverty | kemiskinan bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Penduduk bandar yang berpendapatan sangat rendah lazimnya terlibat dalam sektor informal dan menghuni rumah yang buruk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan asas dan penyelesa. |
azoospermia | azoospermia | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Haiwan jantan yang menghasilkan semen, tetapi tidak mempunyai sperma. Azoospermia dikaitkan dengan tahap kesuburan yang sangat rendah atau kemandulan. Keadaan ini terjadi mungkin disebabkan oleh masalah pengeluaran sperma atau saluran sperma tersumbat yang menghalang sperma sampai ke destinasinya. |
oligotrophic | oligotrofik | Sains Marin | Tiada | Keadaan sistem akuatik yang mempunyai kepekatan nutrien dan sumber karbon yang sangat rendah. Keadaan ini menyebabkan produktiviti primer rendah dan kandungan oksigen terlarut tinggi. Lihat juga eutrofik. |
step-voltage control | pengawal voltan langkah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengawal penjana yang beroperasi dua langkah, sama ada memberikan keluaran relatif yang sangat rendah atau yang sangat tinggi. |
developer exhaustion | kelesuan pembangun | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Sifat larutan pembangun yang telah digunakan beberapa kali sehingga keberkesanannya untuk bertindak balas dengan emulsi perak halida menjadi sangat rendah. |
plant growth regulator | pengawal atur pertumbuhan tumbuhan | Perikanan | Akuakultur | Molekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik. |
oxygen minimum layer | lapisan minimum oksigen | Sains Marin | Tiada | Lapisan air bawah permukaan yang kandungan oksigen terlarutnya sangat rendah (biasanya < 2 mg/l), lebih rendah daripada lapisan air di atas dan di bawahnya. Contohnya, zon di bawah aras termoklin yang rendah kandungan oksigen terlarutnya kerana tiada percampuran dengan air yang kaya oksigen di lapisan atasnya. |
single grade oil | minyak satu gred | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Minyak enjin yang mempunyai kelikatan yang berubah-ubah mengikut suhu. Pada suhu rendah, minyak enjin mempunyai kelikatan tinggi dan menyebabkan pengengkolan enjin lebih sukar dijalankan. Ketika enjin menjadi terlalu panas dan bersuhu tinggi, kelikatan minyak menjadi sangat rendah menyebabkan minyak tersebut tidak dapat berfungsi sebagai pelincir dengan sempurna. Contohnya, minyak bergred SAE30 tidak sesuai digunakan di negara yang beriklim sederhana dan sejuk kerana kelikatannya menjadi terlalu tinggi serta menyukarkan pengengkolan enjin. Banding minyak pelbagai gred. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
authoritarian | autoritarian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Konsep yang menerangkan sesebuah organisasi atau negara yang mempraktikkan undang-undang atau peraturan yang ketat dan agak keras ke atas rakyatnya. Kehidupan rakyat terikat kuat kepada autoriti pemerintah dalam pelbagai aspek seperti kegiatan ekonomi, pergerakan sosial, pendidikan, kebudayaan dan politik. Pemerintah dalam sistem ini biasanya daripada golongan elit yang mempunyai darjah toleransi yang sangat rendah. Golongan elit ini juga menggunakan kaedah yang keras seperti menindas untuk mengekalkan kuasa. Pemerintah autoritarian tidak pula berusaha mengawal ideologi politik rakyatnya, melainkan sekiranya mengancam kedudukan kuasa mereka. Contoh negara autoritarian ialah Indonesia semasa era Soeharto dan Filipina di bawah pemerintahan Marcos. |