chylomicron | kilomikron | Biologi | Tiada | Juzuk lemak yang sangat kecil dan jumlahnya sangat banyak semasa pencernaan lemak berlaku. |
step-voltage control | pengawal voltan langkah | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengawal penjana yang beroperasi dua langkah, sama ada memberikan keluaran relatif yang sangat rendah atau yang sangat tinggi. |
monolithic party | parti monolitik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh. |
plant growth regulator | pengawal atur pertumbuhan tumbuhan | Perikanan | Akuakultur | Molekul yang mempengaruhi perkembangan tumbuh-tumbuhan. Kebiasaanya, pengawal atur pertumbuhan tumbuhan ini sangat aktif pada kepekatan yang sangat rendah. Terdapat dua jenis pengawal atur pertumbuhan tumbuhan, iaitu pengawal atur pertumbuhan tumbuhan semula jadi dan pengawal atur pertumbuhan tumbuhan sintetik. |
shallow water wave | ombak air cetek | Sains Marin | Tiada | Gelombang yang berlaku apabila nisbah antara kedalaman air dan panjang gelombangnya menjadi sangat kecil. Contohnya, tsunami mempunyai panjang gelombang yang sangat besar (beratus-ratus km) dan bertindak sebagai gelombang air cetek dalam air lautan. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
oriental despotism | kuku besi ketimuran | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan. |
police state | negara polis | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran. |
very high temperature reactor (VHTR) | reaktor suhu sangat tinggi | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Lihat high temperature gas reactor (HTGR). |
bradylalia | bradilalia | Perubatan | Psikiatri | Pertuturan yang sangat lambat dan perlahan. |