Arrhenius plot | plot Arrhenius | Fizik | Nanoteknologi | Satu plot garis lurus ln y melawan 1/T (atau 1/kT) bagi persamaan Arrhenius: dengan y= kadar tindak balas suatu proses, Ea= tenaga pengaktifan proses (atau entalpi), k= pemalar Boltzmann, T= suhu. Persamaan Arrhenius berlaku untuk kebanyakan proses terma seperti pemancaran elektron dari suatu dawai panas dan pertumbuhan kultur bakteria. Plot Arrhenius sangat berguna untuk menentukan tenaga pengaktifan sesuatu proses. |
abyss | abis | Sains Marin | Tiada | 1. Jurang atau palung lautan yang sangat dalam biasanya melebihi 4000 m. 2. Ceruk dalam yang mengunjur di bawah lantai gua.Sinonim tubir. |
resolution | resolusi | Kimia | Kimia Analisis | 1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik. |
microbentos | mikrobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik yang bersaiz mikro atau sangat kecil, iaitu kurang daripada 10 mikrometer (0.1 mikrometer). Contohnya, bakteria, diatom, siliata dan flagelata. Banding makrobentos, meiobentos. |
pulse | denyut | Kimia | Kimia Analisis | 1. Getaran tunggal bunyi, cahaya dan lain-lain disebabkan oleh pelbagai arus elektrik terutamanya yang menghasilkan isyarat. 2. Perubahan dalam suatu kuantiti yang biasanya malar, yang mempunyai tempoh masa tertentu yang biasanya sangat pendek berbanding dengan jangka masa yang dikaji. |
abyssal bed form | bentuk dasar abis | Sains Marin | Tiada | Bahagian lantai lautan yang sangat rata yang terdiri daripada endapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1:1000. Ia merupakan morfologi kawasan lantai lautan di kawasan abis. |
super critical water | air lampau genting | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keadaan air yang wujud pada suhu dan tekanan yang sangat tinggi atas titik genting (374�C dan 22.1 MPa). |
additive | aditif | Perikanan | Akuakultur | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan untuk tujuan tertentu, seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan adalah sangat sedikit, iaitu sekitar 0.1 – 3%. |